cikmerahzxaaty.blogspot.com

cikmerahzxaaty.blogspot.com

Pages

Thursday, 24 April 2014

Tambah berat badan : MUTANT MASS WEIGHT GAINER


COURSEMATES OF SUSTAINABLE SCIENCE (SEL)
EARTH WEEK & EARTH HOUR EVENT
UMK KAMPUS JELI
29 MAC 2014

Ni hao nimen ! Lamo dah tak update blog ni. Bukan malas, tapi busyyy memanjang. Sem ni packed dengan bermacam-macam event.

Gambor takdek kaitan dengan tajuk entry kali ni. Saje nak letak gambar after event malam kemuncak Earth Hour habis. fuhh, penat lelah semua berbayar. Tahniah kepada kami. ehehehe.

So, berbalik kepada topik tambah berat badan. Aku tahu, still ramai lagi yang tercari-cari produk untuk tambah berat badan macam aku ni. Sape yang pernah baca post Berat badan saya susah nak naik , mesti tahu betapa obsesnya aku nak tambah berat badan. hakhakhak.

Punyelah beriye gedebak gedebuk cerita nak try Herbalife, at last, atas consultation daripada Encik Bubu, dia mintak aku try 1 produk ni,


TADAAAAA ! Ni lah dia MUTANT MASS (MUSCLE MASS GAINER)


 WEH, at first aku tengok benda ni, serius aku takut. SEBAB? Sebab dia besor besor pampang MUTANT MASS ! hahaha. kot ye aku consume bende ni tetibe besar nak mamm*** ! hahaha. Okay okay. Biar aku share cerita dgn korang.

Mula-mula pergi Subang Parade tu sesaja nak dating aje *eceehh* , tapi tetiba TER lalu depan kedai ni. Bubu pun ajak masuk. Terus dia tunjuk benda ni. Aku dah terketaq dah sebab macam takut dengan perkataan MUTANT tu. Tapi aku nak lah gain weight. Konsultan kedai tu pun dok pum pang pum pang cerita memacam. HAHAHAHA. Pendek cerita, Bubu pun belikan untuk iolss. hekhekhek ^_^

MUTANT MASS WEIGHT GAINER ni susu protein yang bantu untuk tambah berat badan dengan cara, dia tambah mass kat muscle kita. Macam aku, muscle aku ni kecik weh. So kalau berisi ke nanti, daging pejal ajelah kot. hahaha. Aku beli yang 2.2kg which is mengikut kepada konsultan tu, 2.2kg akan cukup just for 2-3 weeks aje (tapi dah dekat 2 bulan tak habis lagi aku minum hahahaha).

Kenapa 2.2kg cukup untuk 2-3 weeks aje ? Sebab kena minum 4 scoops of the susu. Disebabkan 4 scoops sekali bancuh sangatlah pekat dan boleh dibuat muntah, aku decide untuk divide to two servings per day. Means pagi after breakfast, mix 2 scoops, petang before dinner another 2 scoops. Masa awal-awal tu memang semangat gila aku minum. And masa tu belum start rasa loya. hahaha. dalam seminggu lebih la aku consume dengan berdisiplin. Gilaa ah. Nak berat bertambah punya pasal.

KESAN LEPAS CONSUME ? ^_^ Alhamdulillah, sekarang berat aku dah mencapai sasaran pertama. Naik 2 kg dalam masa 2 minggu lebih lepas minum dengan konsistennya. Untuk pengetahuan korang, sepanjang consume susu ni, korang akan rasa mcm badan korang mengembang and cepat berpeluh. Tu apa yang aku rasa lah. Then rasa jugak lah certain part naik. Disebabkan susu ni pun macam supplemen, aku rasa asik nak makan aje even aku mmg kuat makan. hehehe. Aku eksaited dok timbang berat kat klinik umk sebab nak sangat berat naik. And seronok sangat weh sebab berat badan aku even belum capai ideal weight, at least sekarang dia fixed pada 1 tahap yang tak pernah aku dapat before this. muahahaha.

benda paling penting nak bancuh susu ni : SHAKER & BLENDER BALL
iolss pilih kaler merah sebab fevret and sebab merah la iols ada passion nak minum susu ni. ^_^

Perisa susu yang iols beli is VANILLA ICE CREAM. Sedap memang sedap, tapi kalau muak, aku minum sambil makan buah :)


Susu protein ni tak boleh bancuh dengan air panas. Mesti korang tahu kenapa kan? Protein kan denatured kalau suhu lebih 37C. Guna air suam okay, tapi tak sedap la. Makin rasa muak. So better bancuh dengan air sejukk. pehh, baru berselera..

Ada 4 perisa tak silap aku; vanilla Ice Cream, Strawberry, Chocolate dengan apetah 1 lagi tu. Kenapa aku tak try coklat ? kalau beli vanilla, at least kalau muak, boleh campur milo sikit. Kalau coklat muak, kau nak campur ape? kordial oren ? hahaha. gurau gurau :p

Sekarang ni aku nak start minum balik untuk habiskan pek 2.2.kg ni. InshaAllah habis ni, aku beli yang lain pulak. Aku rajin minum time kat rumah je sebab ade air sejuk. Kat kolej aku ni takdek water cooler. Nak air sejuk kena beli kat cafe. Rajin pulak aku nak ulang alik tingkat 4 ke cafe nun semata nak beli ais. *pemalas*

Sasaran 2, 3 dan 4 sedang menanti !!! kalau dah capai sasaran tu, iols update nanti. hehehe.

Hah? Nak tengok badan iols yang dah naik 2kg tu ? Tak payahh. Tak obvious pun. hahahaha.
Tapi takpelah, kita share jugak. hehehe


Gambar zaman muda muda dulu. mase sem 3 kot ni hahahaha kedinggg gilaaaaa

yang kat bawah ni gambar gambar latest. kot ye lah kalau perasan ade yg berubah ke tak. hehehe






yang paling penting, aku dah mula rasa badan berisi sikit dari time keding dulu, at least sekarang ni nak pakai baju ape pun confident dah sebab tak nampak kurus sangat macam dulu. hehehe



Next time, iols update lagi yee.. nak share pasal review beauty products pulak..
Sekian, xiexie sebab sudi baca. Just sharing :)



nyummm nyummm ayam gorenggggggg
 (^_^)(v)






12 comments:

  1. Pernah terbaca ade orang minum air nasik untuk tambah berat badan?
    Erk rasa tak lalu la pulak.. tapi boleh lah cuba.

    hehehee..

    Kurus sangat pon tak cantik, gemuk sangat pon x cantik..
    makan sihat, berat optimum, BMI ok, LDL ok, HDL ok, insyaAllah sihat.

    Salam perkenalan
    IbuCergas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan jugaaak Ibuu (n_n)

      Delete
    2. Kat mana erk ade jual susu tu

      Delete
  2. Kat mana erk ade.jual susu tu.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jual kat kedai muscle factory :) boleh google location yg ade muscle factory ni..

      Delete
  3. salam...nak tanya masa beli mutant mass tu ada tak promoter tuh cakap pantang larang? do n dont..if ok nak beli thru online jer nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde pulak dia cakap pasal pantang larang. cuma kalau alergik protein, tak digalakkan minum :)

      Delete
  4. dear zxaaty.. skrg ambil lg x mutant mass? kesan seawl bp botol or hari? pena try shaklee tak?

    ReplyDelete
  5. Dik... cer post pic before n after? K. As skang tgh gigih minum susu 3 cawan sehari... tp.. x tahan nyer laktosa_tolerant... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak As, nanti tengok balik post ni ye :D saya ada share gambar sebelum dgn selepas. heehe

      Delete

  6. Info yang menarik. Sekadar berkongsi pendapat, selain itu, untuk memastikan impian kita untuk menambahkan berat badan menjadi kenyataan, kita haruslah mempunyai perancangan yang teliti dan betul. Langkah pertama yang perlu kita lakukan ialah mengenalpasti corak pemakanan kita setiap hari dan menganggar kandungan kalori yang diambil di dalam setiap menu. Kemudian, barulah kita rancang diet baru yang perlu untuk mencapai cita-cita kita. Untuk tujuan ini, kita digalakkan untuk mencatat setiap data di dalam sebuah diari pemakanan.

    ReplyDelete

Mari tinggalkan respon andaa :)