Monday 30 December 2013

REVIEW : SABUN SUSU BERAS KOLAGEN

hai korangggg....  sudah lama beta tak update blog kesayangan ni haaaa.. cukup sebulan tau. kau tau tak betapa busy nya aku time hujung sem 3 ni ? dengan esaimen yang tak pernah takdek. pastu bukan senang, sume susah-susah. time study week pulak, orang nak study, bukan nak siapkan esaimen yang belambak tu. adoii. botak kepala. macam tengah study phD pulak kau tahuu.. 

ah bosan la nak cerita pasal busy busy ni.

so marilah kita sambung objektif utama post kali ni.

SAPEE PENAH PAKAI SABUN SUSU BERAS KOLAGEN?????
KALAU PENAH,SILA TUNDUK DAN KIRA BERAPA BANYAK JARI KAKI YANG KORANG ADEE!!!

Okay, beta bergurauu. hahaha. seriuslah, sape penah pakai sabun susu beras kolagen ? wah wah wah.. mesti ramai. confirm. 
tapi mesti ada jugak yang baru berjinak-jinak nak pakai produk ni akan tercari2 testimoni or review daripada pengguna setianya.. sebab nak tahu sejauh mana keberkesanan produk ni kan ? kan? angguk cepattt !

meh beta kasi 1st review pasal sabun susu beras :D

TADAAA, ni lah Sabun Susu Beras Kolagen yang beta pakai :D
Beli kat rumet kite, Cik Syafa. Dia pun berbisnes macam beta tauu.hahaha

berbalik kepada review. punca utama aku "menggatal" nak try sabun ni sebabnya sabun muka collagen plus vit e aku dah habis. stok yang ada pun nak buat jual kat customer. makcik aku tak bagi lebih. so memandangkan Syafa jual sabun ni, aku pun belilah satu and try dengan penuh ke-excited-an.

malam tu jugak aku potong sabun ni jadi 4 bahagian. pastu pergi cuci muka dengan bahagianya. First, sabun ni sangat wangiii ! bau dia macam bauu..emmm. tak dapat nak gambarkan tapi adalah bau ala-ala beras ke pulut camtu ah. tapi wangi weh. rasa macam nak makan je. hehehehe.. lepas cuci muka dgn sabun ni, aku dapat rasa muka aku bersih semacam. macam ada protection mask kat muka ni

Apa perubahan yang aku start detect kat muka lepas beberapa hari pakai sabun tu ? Mula-mula, dalam 3 hari camtu, aku rasa pedih-pedih kat area pipi aku. pedih.dia cam merah-merah pakai blusher. aku takut jugak. pastu aku google, rupanya side effect sikit sebab aku ni resdung teruk, so sabun ni nak kamceng dgn kulit aku, kenalah berlawan2 dulu dgn resdung tu :p  tapiii,Muka aku makin cerah. pastu lembut gilaa nak mati, licin dan ala-ala gebuss gitteww. *jemah sangat*. sumpah seronok pakai sabun ni. before this, kulit aku senang berminyak. tapi sekarang ni dah makin kurang even aku pakai lagi krim siang collagen plus vit e  tu :))

dah 2 kali aku ulang beli sabun ni, means aku suka and sabun ni bagus. daripada korang buang duit beli garnier memahal tu, baik beli sabun ni. hahaha. jimat, murah dan berkesan. eh, sabun ni boleh pakai kat badan jugak tau. aku ada try skali. sedap gila bau sabun ni melekat kat badan, rasa macam nak gigit tangan sendiri pun ada.

satu lagi.. aku start pakai sabun ni dalam seminggu lepas sabun kolagen plus tu habiss. kasi muka rehat duluu. pastu aku dah lama jugak tak pakai krim malam . so bila bangun pagi, muka fresh2 gituu, pergi toilet tengok muka mak aihh, berminyak gilaa. tapi lepas guna sabun ni memalam before tidur even tak pakai krim malam pun, esok pagi bangun, tak berminyak langsung muka iolss. lagilah aku seronok.kekekekeke..
panjang betul review aku ni. baru pasal Sabun Susu Beras. muahahaha

 beta memang puas hati dengan produk ni (^_^)

So , aku summarize jelah kenapa korang patut cuba try test pakai Sabun Susu Beras Kolagen ni.
  1. mencerahkan kulit muka 
  2. menghilangkan "bendasing" kat muka korang
  3. menggebu dan melembutkan kulit muka
  4. mengurangkan masalah muka berminyak
  5. menegangkan kulit muka
  6. sangat wangi
  7. murah dan menjimatkan
kalau bab jerawat, aku tak sure sebab muka aku takdek jerawat.. hewhewheww.. maap xD

PALING PENTING , PASTIKAN YANG 

Sekian sahaja daripada beta. Terima kasih sudi membaca
Mari menjenguk ke post yang lain (v)(^_^)




Friday 1 November 2013

Gelembung air sekitar mulut ??

Salam 1 November 2013 :D

12.50 a.m. , Nur Ezati tetiba rajin nak update blog sementara tunggu Encik Bubu balik dari meeting. Ecehh.

Entry malam ni memang berkait rapat dengan aku sebab aku dah pernah kena !
Gelembung air sekitar mulut. Tapi aku takdek la sampai sekitar mulut.

Meh aku cerita dulu. Mula-mula aku bangun tidur pagi 2 minggu lepas, tetiba aku rasa nyeri (ala-ala seriau ah, taktau cemane nak explain) kat penghujung bibir kiri aku. Aku garu lah. Ingat kena gigit nyamuk. Buat bodoh je. Then lepas mandi, aku tengok dia dah start bengkak, kaler pink2 cenggitu. Aku dah serba salah lah,tah ape kene tah kali ni. Aku sapulah minyak Cap Kapak dengan harapan bengkak tu surut. Sebelah petang, dia dah start ber-bubble2 cam dalam gambar ni. dalam 4 bubble, tapi berkelompok. haaa, kemain explaination aku.



pastu, aku dah tak sedap hati. aku pun bagitau mother. beliau rilek je, lagi suruh letak minyak gamat. aku pun letak lah. tapi rupanya, bila letak minyak gamat, bubble tu macam makin besar . aku panik lah. aku merengek2 kat mother. aku ni pantang benda2 alah kat muka. Aku pun amek lah inisiatif google pasal gelembung2 ni. haram jadahh. bahasa indon je aku jumpe. hahaha. but then, aku terbaca 1 health blog ni. dia cakap pasal Virus Herpes Simplex. aku tengok gambar-gambar yg dia provide, sejibik sejibon macam bubble kat mulut aku. hahaa. 

at first aku takut kena kayap. yelah, dah pernah merasa seksa kayap tu, aku taknak la kena kali kedua. masuk hari kedua menatang bubble tu bersuka ria kat mulut aku, aku nak jugak pergi farmasi ! gila kauu, lusenye aku nak pergi field trip mase tu. dah la bubble ni obvious gila merah dia. ciss. orang ingat aku pakai lipstik comot T__T

pergi je jumpa kakak kat farmasi tu, aku tunjuk je bubble tu, dia terus bagi ubat VHS tu, so betullah aku kena virus herpes simplex tu. hahaha. boleh lagi gelak. nama ubat tu, VIRLESS(antiviral).kocik je ubatnya tapi rm20. pakai 5 kali sehari, setiap 4 jam. aku pun pakai la. bagusnya kalau dari awal aku pakai, cepat sikit baik. hahaa. ni cukup 2 minggu baru bubble ni kering, kempis dan pulih.

eh tau tak seksa kena VHS ni. rasa macam mulut koyak sebelah. nak menganga payah weh. kalau tenganga besar, berdarah la jadinya. demi nak baik, hari-hari aku belai bubble tu. pas mandi, bersihkan luka dengan minyak gamat guna cotton buds, then baru apply krim VHS tu. bila dah luka2 tu, biasalah. semua tanya kenapa. stres aku nak explain kat sumorang. hahaha. 

Mengikut apa yang aku bacalah, virus ni common and affect mouth area or near our lips. kita akan rase cam tingling tu, nyeri lah. pastu dia start la bulat-bulat. in some article, dorang stated that kalau takdek treatment, VHS ni mungkin merebak kat area lain. but then, in other article, dorang ckap VHS boleh go away without treatment but takes 2 weeks lah. nasihat aku lah sebagai "mangsa" VHS ni, better beli je ubat tu daripada tetiba dia merebak. boleh bawak kecacatan sebenarnye. prevention is better than cure right ? VHS yg aku kena ni type 1, tak kritikal. but then type 2, sangat bahaya cause it affect genital area.

macam mana aku boleh kena VHS ni ? Tah la. aku tak sure. tapi aku rasa sebab act aku sendiri. malam sebelum kena tu, aku punya beriye buang whiteheads kat hujung mulut ni dengan KUKU ! tu la puncanya kot T__T suka sangat guna kuku, mana tau kotor. so terjadilah infections. 

oh ye, symptoms untuk VHS ni may be triggered by stress, menstrual,sun, hormone changes and fever.  

Sekadar berkongsi je sebab aku rasa macam tak ramai je pernah kena VHS ni. huuu.
Next entry aku nak share pasal pengalaman aku kena kayap masa kat matrik dulu. hahaha. memang aku ni kena memacam penyakit, dugaan Nur Ezati. takpe, pengalaman. 

Sekianlah cerita aku pasal gelembung air kat mulut. hehehehe. short and simple. Assalamualaikum (^_^)



Thursday 24 October 2013

Kenapa Berat Badan Saya Susah Nak Naik ?

selamat kembali ke blog nur ezati selepas 2 bulan tidak meng-update apepun. hahaha. bukan ape, time cuti sem harituh, iolss kerja fulltime okeh kat Cosway makcik i. 10-10, 12 hours. gila nokk. keding badan i even makan nasi lemak hari-hari.
lepastu iolss dah maleh nak online kat lappy sejak pakai Umobile. hahaha.

ni baru dapat peluang godek2 blog lepas kk i ade wifi ( LAME sangattt)
Currently, i'm in 2nd year now. dah habis part 1 sem 3 dah. another 2 and a half months lagi before sem 3 habis. tak sabarnyeeee. sem ni nampak rileks je, tapi subhanallah.. assignments tak pernah tak ade. gila penat otak. belum penat mulut present gedebak gedebuk depan yg lain lagii. kalau penat mulut bebel takpelah. hahaaaa.

Entry kali ni nak berkongsi pasal berat badan iolss yang dari 7 tahun lepas (2006-2013)  maintain dan takat tu je. Mungkin kali ni entry ni panjang berjela, tapi sukahati iolls la. ni blog i.

bercakap soal berat, mesti ramai yang cakap, "bestnya kurus", "aku nak kurus laa.","kenapalah badan dorang kurus? bestnyaaaa. nak jugak macamtuh.", takpun, "aku rasa badan aku dah naik la. makin gemuk. so aku nak kurus.". haaa, selalu sangat dengar ayat2 camtu.

pada yang gemuk tu (sori tau, niat aku cuma nak berkongsi cerita. bukan nak kutuk ke ape kay), for surelah korang nak kurus atas faktor kecantikan dan kesihatan. tu tak dinafikan. banyak produk2 kuruskan badan kat market, dorang dok promot kat tv. tapi aku nak tanye, ade ke iklan menggemukkan badan kat tv? takdek kan? haaa, tu aku musykil. sebok dok pakat jual ubat kurus. salah strategi pemasaran dorang ni. yang kurus keding cam aku ni, takdek pulak ubat mengemukkan badan dorang promot.

pada yang badan mantap dan ideal tu toksah cerita la. dah lawo sangatt. ish geram pulak aku..

since 7 tahun lepas, berat aku tak pernah lebih 40kg. ini serius. plus, badan aku kecik dan memang nampak sangat aku cinonet. bila ditanya ke mak aku, dia cakap, genetik sebab dia pun kecik. tapi mak aku berisi je badannye. huwaaa T__T bila dicakap ke kawan2,jawapan dorang same,"kau kawen sok, gemuk la tuu.". ciss,takdek ayat lain..

disebabkan underweight, aku obses dengan produk yg menaikkan berat badan macam weightgain appeton tu. aku dah pernah cube. tapi tak berkesan. sedih kau tauu. then baru2 ni aku try makan multivitamin , si nana bagi lepas badan dia naik mendadak lepas stop consume vitamin tu. konon2 aku pun boleh lah berisi cam nana. aku dengan syafa yang same2 nak gemuk ni pun makan lah vitamin tu dengan penuh berdisiplin. hari2 makan. nak gemuk pun pasal. makan punya makan, dalam seminggu camtu, badan aku naik sikit lah. kat part aset je. hahaa.but then,naik bengkak2 gatal kat tangan kaki and badan. lepas refer ke klinik, aku disahkan alergik pada multivitamin tu T____T sedih lagi sekali sebab harapan nak badan berisi hancur.  aku dihalang sekeras2nya daripada makan vitamin tu oleh abg MA kat klinik umk ni. hahahaha. so i get back to normal. selera makan still sama. cepat lapar tu biasa.  pija ( herbalife distributor), pernah consult aku suh amek herbalife F1 dgn F3. tapi mase tu guwe takdek duitt. Pija kata, orang yg kurus nak ke gemuk memang sangat susah dan memerlukan masa yang lama. tapi orang gemuk nak ke kurus, sekejap je. lagi satu, tulang and muscle aku kecik. tu yang memayahkan badan berisi. kire badan aku ni,tulangnya tak cukup besar dan muscle tak cukup tebal. so nak gemuk tu payah sikit sebab byk steps nak kena ambil just nak tebalkan muscle. hahahaaa. so if aku gemuk nnti, memang totally gemuk isi la sebab tulang aku kecik. next, bila check tahap metabolism aku, metabolism aku sama dgn budak umur 15 tahun, consider aktif sesangat. padahal umur dah 20. tu nak bangga ke ape tu? ce gtau sikit.

takpelah, next sem aku nak try consume Herbalife. and then baru tau okay ke tak. aku nak berisi bukan ape, just nak ideal weight, biar badan cantik. takdelah nampak macam papan lapis je. pastu macam rangka tengah berjalan. hmmm

next step, aku dgn syafa pergi klinik 1Malaysia dekat Jeli ni. weolss amek ubat cacing kay ! cacing dah besar lengan agaknye dalam perut ni,thats why makan pun tak kenyang sbb cacing tu yang serap nutrien. hahaa. mengikut ape yg MA tu bgtau, salah satu faktor kenapa tak gemuk ialah, SUKA MAKAN PEDAS. katanya, acid dalam perut jadi aktif bila kita makan pedas. then dia akan act macam blender, kisar sume makan tu sebelum sempat nutriennye diserap oleh badan.  haiyaaa,kitorang dah le feveret pedas2 ni tapi tu pun boleh jadi punca. payah payah. lepastu dia cakap, cacing pun salah satu faktor. sebab tu kalau makan rasa tak puas. yelah, last makan ubat cacing time tadika, sekarang dah 20 thn, kau bayang la cacing tu dah besar mana, berape ribu dalam perut tu dia beranak pinak.
dan alhamdulillah. macam nampak hasil sikit lepas makan ubat cacing ni. berat aku naik 1kg dalam mase seminggu la lebih kurang. harap maintain la naiknye. jgn separuh jalan. perut dah kasi cuci dengan ubat cacing. hahaa

hasil bacaan aku kat internet dan juga suratkhabar, tidur boleh membakar lemak dan kalori di dalam badan. maybe tu  pun salah satu sebab badan aku tak naik kot sebab aku ni suka tidur. pantang ade masa terluang, memang aku bantai tidur. time tu jela aku rasa aman, otak aku tak serabut, tak stres, semua benda aku lupe dah namenye pun tidur tu mati sementara. so aku memang banyak tidur. jadi lemak2 dan kalori yang aku bela selama ni terbakar begitu sahajaa.nak buat cemane kan, dah hobi iols tidur. hehehe

mengikut segala macam kajian dan hasil pertanyaan yang aku dapat, ni adalah beberapa faktor kenapa seseorang tu susah sangat nak naik berat badannya :
  1. GENETIK
  2. MUSCLE AND BONE YANG KECIL DAN TAK PADAT
  3. METABOLISM
  4. SUKA MAKAN PEDAS
  5. BANYAK TIDUR
setakat ni , tu je yang aku dapat detect. heee.
nak taknak, kena cube herbalife dulu. Bubu pun suruh try herbalife tu. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. in sha Allah :D

dah penat nak menaip. terasa mengantuk. iols nak tidur.hihihi Sekian ...

Wednesday 21 August 2013

Saya memang obses dgn produk kecantikan.

14 Syawal 1434H.

kali ni aku nak berkongi dengan korang pasal pengalaman aku pakai macam2 produk kecantikan. ahakss. yes. aku mmg obses dengan skincare products. pantang aku kalau ade iklan pasal produk skincare yg perfect padahal tu iklan semata-mata. hahaha. alhamdulillah kulit aku takde masalah kalau tukar2 produk ni.

Lets start with Clean & Clear.
This is the 1st proudct yg aku guna bila aku officially on puberty. eceh. mase awl2 tu tak matang lagi so redah jelah pakai. facial foam, toner, moisturiser. mule2 pakai okay, but then, aku dpt rasa kulit aku tak boleh ngam dgn produk ni. sbb kulit aku jd berminyak. moisturiser dia terlalu berminyak dan tak diserap kulit. facial foam dia terlalu berbuih tapi takdek guna sebab aku tak rasa puas bila cuci muka. then toner dia bila pakai, aku rasa pedih2 kat kulit muka. terasa mcm kena simbah dgn cuka. fuhh.

Then, masuk form 2 aku join kawad kaki utk KRS SMK Seksyen 18 Shah Alam(Pasukan Elit okay sampai form 4! berlagak kejap :p ). ewahh,promote ex school. faham2 jela bila masuk kawad, mmg rentung, sunburn, belang semua ada kat kulit muka. Smapai mak aku cakap aku dah mcm anak keling. ciss. KEBETULAN, masa aku tercari2 produk nak putihkan kulit, muncullah GARNIER.

Disebabkan terpengaruh dan nak sangat kembali putih macam sebelum join kawad tu, aku pun sanggup beli 1 set Garnier ni : cleanser, toner, krim pencerah. masa tu ade 3 produk ni aje. Garnier baru nak Up that time.
bersungguh2 aku pakai krim ni. konon kat tv kulit tampil cerah berseri dlm mase 28 hari. hahahaha. EH BETUL WHAT ! serius kulit aku makin cerah. punyalah berdisiplin aku pakai garnier ni. bole nampak bezanya :D then aku decide, aku nak fix pakai produk ni. hehehe

TAPI, apakan daya. kalau aku dah kate aku obses dgn produk kecantikan, mmg aku try produk yg baru2 keluar. hahaha. tak lame lepastu, ALAISYAH pulakss.

Alaisyah ni sama jugak, ade 3 benda basic cam produk lain, foam,toner and krim kecantikan. toner dia wangi. tapi sayang, kulit aku jadi gelap and kusam pas pakai produk ni. taktau kenapa. sedihh. org pun perasan. maybe tak serasi kot formula dia dgn kulit aku. lepastu aku stres la nak putihkan kulit balik. aku pakai Garnier balik. ekekke

Then tak lama pastu, aku ulang balik tabiat yg sama. Kali ni tukar ke Safi Balqis. Mase tukar ni, aku tgh kerja pas habis SPM. hahaha. pengaruh officemate. Lama jugak aku pakai Safi Balqis ni.

Untuk Safi Balqis ni, aku tak pakai toner dia. malass.hahaha. Aku just pakai cleanser, krim kecantikan, pelembap dgn serum je. Seronoknya sbb produk ni sangat smooth kat kulit. sabun dia wangii. rasa gebu je bila kau dah cuci muka dgn cleanser dia. krim kecantikan dia mmg jadi foundation before aku pakai bedak. sangat bestt. 

Tak lama lepas tu, aku dapat offer masuk matrik. Mule2 kat matrik aku mmg pakai Safi Balqis sbb aku rasa selesa.. tapi memandangkan cuaca kat matrik tu alahai terik je, aku decide tukar ke Garnier balik. nak maintain kulit putih. tapiaku just guna cleanser dgn krim Garnier je. Krim kecantikan Safi Balqis aku still guna. eh? mix pulak. hahaha.

Sampailah baru2 ni aku fed up sebab lepas je masuk UMK, blackheads aku beranak pinak woi. bila aku wat facial treatment sndiri guna besi jerawat tu, muka aku jd bengkak2 sampai risau kengkawan aku. hahaa. tp bengkak kejap je sbb nak bersihkan blackheads. 

Buat masa ni, aku just pakai sabun susu beras je. then tak pakai pape krim dah. hahahaha

thanks sbb rajin buangkan masa bace post ni. cuma nak berkongsi pengalaman je. korang pulak? ade pape produk lain yg best utk di try? ekekke. share2 la ye ^_^





Wednesday 17 July 2013

Cara nak apply PTPTN :)

Assalamualaikum.

Aku taknak membebel panjang. Straight to the point. Merujuk kepada title post kali ni, aku nak tolong bagi guide kat student-student yang nak masuk ke intake degree untuk settlekan application PTPTN dorang. memandangkan aku pun seorang pemimjam PTPTN ( Nak skor exam,biar PT jadi BIASISWA) hahaha.

Bersepah dok tanye, aku malas nak ulang banyak kali. Encik Bubu yang nak masuk degree pun dok tanya aku. Aku rasa aku boleh kerja kat kaunter khidmat pelanggan dah. hahaha

LANGKAH-LANGKAH NAK APPLY PTPTN :

Attention : PERMOHONAN HANYA BOLEH DIBUAT 30 HARI SEBELUM TARIKH MULA BELAJAR MENGIKUT SURAT TAWARAN IPTA.

  1. Korang kena buat akaun SSPN kat BSN or MAYBANK. Ini adalah SYARAT UTAMA nak apply ptptn. Bayarannya cuma RM20. Time nak isi borang tu, PENDEPOSIT dan PENERIMA MANFAAT adalah KITA SENDIRI kalau UMUR DAH LEBIH 18 TAHUN. 
  2. Korang akan dapat nombor akaun SSPN. biasanya nombor akaun tu based on nombor ic kita je. Then dalam mase 3 minggu kot, kad SSPN akan sampai ke rumah korang (bukan kad tu berjalan, abang posmen hantarkan)
  3. Dah settle bukak akaun SSPN, pergi BSN , beli NO PIN UNTUK APPLY PTPTN. pt ni nak apply dah macam apply UPU dah  T.T
  4. Dah ade NO PIN and AKAUN SSPN, silakan membuka website Permohonan PTPTN. Dia akan mintak korans isi tarikh and masa. tarikh and masa tu based kat slip NO PIN yang korang beli tu. jgn salah masuk :)
  5. dah settle masuk ke website tu, bolehlah korang teruskan isi semua borang permohonan tu secara online. 
  6. Ada user guide diberi kat tepi page tu. Bacalah kalau ada yang korang tak faham.
Korang kena ingat password yang korang guna untuk apply tu sebab bila dah dpt, korang kena rajin check penyata baki korang setiap sem nak makesure betul cash inflow outflow.
semudah ABC kalau korang faham flow dia cemane.
then kalau bab akaun SSPN tu, better korang google je ape gunanye akaun tu. aku malas pulak nak celoteh. karang salah info, naye aku kena sembelih.kihkih. sekian terima kasih. kbai.

Monday 28 January 2013

Period pain yang terlalu menyakitkan !

PERIOD PAIN : IGAUAN NGERI SETIAP BULAN BAGI SEORANG PEREMPUAN.

Assalamualaikum yang membaca post kali ni.

Kenapa kali ni pasal Period Pain ? Atau nama lainnya Senggugut , atau nama saintifiknya Dysmenorrhea .
Aku just nak share info je pasal senggugut ni sebab aku tahu ramai gadis kat luar sure punya lah ada mengalami masalah ni tiap kali dorang period . Just be open okay . This is knowlegde . Perlu ambil tahu .

Certain girls akan dapat detect tanda-tanda dia nak period. Macam aku , 2-3 hari before nak period tu dah mula rasa sakit-sakit pinggang cam orang dah tua , then asyik nak marah aje , pastu mesti akan jadi sensitif and malas nak interact dengan orang. 

First day kena period , dan dan period terus senggugut . Perghh.. Bab ni wa memang tak boleh tolerate. Sakitnya, Ya Allah, Tuhan je yang tahu . Masa ni , haa nasib kaulah sesiapa yang cari pasal , kalau tak kena se-das kata laser dari mulut aku ni , paling tak pun kena tengking . Tu la perangai aku yang NORMAL di hari pertama period . 
* normal la sangat :P *
Dah hampir 7 tahun aku bergelumang dengan masalah senggugut ni since first time period zaman sekolah dulu.
Kadang-kadang terasa macam diri ni ada penyakit ke kan sampai senggugut jadi teruk sangat. Ada sekali tu sampai demam-demam ,siap pakej muntah-muntah lagi .

Oh ye,sepanjang aku kena senggugut, I never consume any relief pills cam ponstans or panadol pink tu. Mak wa dah warning awal-awal jangan biasa sangat makan ubat. Kata beliau, tahan aje -..-

Dari terus baca mende merepek apa aku taip ni (sebab tengah bendera Jepun la ni) , marilah baca info pasal senggugut ni .

Senggugut adalah kesakitan akibat daripada penguncupan dinding rahim ( oleh hormon Prostaglandin ) secara kuat yang bertujuan untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit  tisu daripada endometrium wall yang harus dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki seorang gadis remaja masih sempit. Penghasilan Prostaglandin secara berlebihan akan mengakibatkan mual-mual, cirit-birit, serta sakit kepala kepada si gadis. Mengikut satu sumber, kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah saluran pangkal rahim yang sempit yang menjadi punca senggugut. 

 Notes to guys, kalau buah hati tengah senggugut, janganlah dicabar emosinya. Kang korang tak expect apa dia nak buat. Unpredictable tau ! Understanding la sikit. Jangan kata dia mengada-ngada. Ce korang rasa senggugut tu dulu baru komen habatt kay ! 

Ni dia apa yang terjadi kat gadis tu if dia diserang senggugut :
  1. Cramp kat kawasan bawah perut.
  2. Mula moody tak memasal (sebab sakit la weh).
  3. Muka berkerut-kerut tahan sakit.
  4. Sakit pinggang teramat sangat.
  5. Pening kepala secara tiba-tiba.
  6. Lesu dan cepat penat.
  7. Mulalah memanjang je nak tidur.
  8. Terasa mual-mual.
  9. Tak banyak bercakap.
Aku kalau dah sakit teramat sangat, biasanya aku tidur aje seharian, then pakai losyen mustajab or counterpain, takpun tuam botol isi air panas kat perut. PERGHH, LEGA tau ! teringat roommate masa matrik dulu, lapik perut dengan kain batik, pastu gosok iron yang tengah ON atas kain tu. mak aih, terngange aku tengok ! hahaha

Then:
Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' , disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Terapi yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukupnya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.

Primary Dyssmenorrhea ni mengakibatkan :
  • Kesakitan mula dirasai beberapa jam atau sejurus selepas diserang period.
  • Dua hari pertama adalah yang paling menyiksakan !
  • Kesakitan biasanya dirasai di belakang badan, peha, kaki dan bawah perut.
OPPSS,tak dapat teruskan typing. Tiba-tiba mula rasa nak muntah and pening sangat. Ni la padahnya time-time senggugut teruk nak jugak update blog. Next time sambung lagi ye. Rasa macam ASDFGHJKL ! !@#$%^&*()_+ BETULL ! ARGHH...........

salam.