Sunday 18 October 2015

REVIEW PRODUK: ZIZANI SECRET SOAP BY ZIZANI BEAUTY SECRET


ALOHAAAAAAA ! Sebab dah lama tak post entry kat blog, so harini kitaaa ada entry best utk awakk semuaaa
Okay okay okay. Aku kan suka promot produk2 best kat korang kan. So, harini aku nak promot satu lagi produk best which is
ZIZANI SECRET SOAP BY ZIZANI BEAUTY SECRET

Meh sini aku nak cerita pasal sabun ni.
ZIZANI SECRET SOAP diformulasi khusus untuk membantu menentang kesemua masalah kulit – tompok jeragat, kesan parut, tona tidak sekata, kulit kusam, berjerawat, kekeringan kulit dan kesan awal penuaan wajah.


*pinjam gambar sabun from mamadarwiish.blogspot.com J
Diantara kelebihan Sabun Zizani adalah:

Membantu mencerahkan tona wajah, parut dan tompok jeragat
Membantu mengawal kulit berminyak dan berjerawat
Membersih wajah dan badan dengan sempurna tanpa mengeringkan kulit
Membekalkan kelembapan semulajadi sepanjang hari tanpa kesan berminyak
Membantu mengurangkan kesan penuaan kulit seperti kedutan dan garis halus
Membekalkan antioksida yang penting untuk kulit melawan kesan UV matahari
Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
Formulasi natural yang unik, tanpa pengelupasan, tanpa paraben, silicon, petroleum dan SLS

Disebabkan Zizani Secret Soap ni for face and body, of course lah korang boleh gune kat badan jugakk.. haaa.. kan menarik tu, 2 in 1 beauty soap. Hehe.. Lagi satu, sabun ni free from paraben. Paraben (atau mungkin ditulis sebagai methylparaben dan propylparaben) ni sebenarnya banyak je dalam sabun-sabun kat market sekarang ni.
Apa itu Paraben? Paraben adalah sejenis bahan pengawet sintetik yang digunakan dalam industri makanan, farmasi, produk kosmetik dan penjagaan diri seperti deodoran, pelembab dan syampu. Paraben yang biasa digunakan adalah methylparaben, ethylparaben, propylparaben dan butylparaben. Paraben membantu produk penjagaan kulit untuk bertahan selama berbulan atau mungkin bertahun-tahun (sebab itu ia boleh didapati dalam hampir semua produk). Tetapi, ia juga dapat memasuki ke dalam tubuh kita melalui kulit apabila kita menggunakan produk ini.
Menurut kajian, tubuh dapat menyerap sebanyak lebih kurang 2kg bahan kimia dari kosmetik setiap tahun! Paraben dapat ‘meniru’ hormon dalam badan dan menganggu fungsi sistem endokrin badan. SLS pulak boleh menyebabkan iritasi kat kulit atau istilah lain, kerengsaan. Sebab tu kadang kalau pakai certain produk, kulit korang akan jadi merah-merah pastu cam pedih sikit.
Mesti korang tertanya-tanya kan berkesan ke produk ni yg si Ezati ni sebok promot. Eh, haruslaaaaa berkesan. Meh tengok testimony utk sabun ni:












Untuk korang yang mana ada jerawat yg degil, takmao kecut even dah berhari2 dia menempek dekat kulit tu, boleh lah cuba Zizani Secret Soap ni J
So, kalau korang berminat nak cuba Zizani Secret Soap ni, boleh klik link ni http://zizanisecret.com/index.php/order/ atau contact terus 019 606 0768 or visit FB page Zizani Secret Soap https://www.facebook.com/ZizaniSecretSoap
(Official website: www.zizanisecret.com)
untuk beli sabun ni :D hehehehe
Sekian, review produk daripada sayaaa hehehe
*Jangan lupa beli tauuu :D





Tuesday 4 August 2015

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli 2015

Jjangg! Entry kali ni nak acah acah throwback zaman mula-mula masuk UMK Kampus Jeli masa tahun 2012. Waaaa 3 tahun dah rupanya hakak study kat sini. Kejap je masa dah berlalu. September ni masuk 4th year dah which is the last semester kat Jeli sebelum LI next semester.. Bila baca entry pasal UMK masa tahun 2012 tu rase macam, alahai mcm apee je ayat kat post tu. Nampak sangat time tu kebudak-budakan lagi HAHAAHAHAHA. 

Teringat masa mula masuk tu, menangis jugaklah sebab dapat u dalam hutan, agak pedalaman jugak sebab tak ramai orang tahu JELI tu kat mana. Sobs sobs. Mak cakap, takpelah, timba pengalaman kat tempat orang. Kejap je 4 tahun tu. Tup tup, dah nak masuk 4th year dah pun. Kalau ikut perkiraan, sebenarnye 3 tahun je kat Jeli ni. Sebab LI boleh buat kat area rumah sendiri.

Sebelum hakak teruskan ceghita panjang lebar hakak, meh la hakak belanje gambor UMK sikit. Hakak nak tunjuk la beberapa perubahan UMK masa hakak mula masuk dengan UMK yg sekarang mcm lagu Tegar tu tapi tukar sikit, UMK yang dulu bukanlah UMK yg sekarang.. hahaha ! 

           
Ni gambar kolam itik UMK. Hihi hakak suka tengok itik kat kolam ni. Kiut je main “keretapi” reramai waktu petang. Hahaha




Ni merupakan salah satu perubahan ketara kat UMK Jeli. Dulu hakak nak pergi kuliah kat dewan, kiri kanan tanah lapang je macam gambar atas sebelah kanan tu. Sekarang tidak lagi (eh cam iklan kat tv). Hahaha sekarang dah ada Bangunan Akademik Pelajar (BAP)(gambar bawah sebelah kiri)  yang menempatkan beberapa bilik kuliah, labs dan jugak bilik lecturer.  Tak silap hakak dalam bulan 9 ke 10 tahun 2014 baru siap.

Dulu ada satu dewan je. Dewan serbaguna a.k.a dewan tertutup. Tak besar tak kecik. Emm. Kecik jugak sebenarnye :’D hahaha opss. Tapi korang jangan risau. Dewan tertutup yang lebih besar tgh dalam proses pembinaan. Hmm. Seronok lah korang nanti. Maybe 10 ke 20 tahun nanti lah kot kan UMK Jeli betul-betul cantikss ha.


KABUS adalah benda paling best kat UMK ni. hehehehe



Masjid UMK (nama full dia hakak tak ingat)



Sebab sekarang (Bulan 8) dah masuk musim tengkujuh, hujan jelah UMK ni. Jangan lupa bawak payung ye adik adik !

Laman Fakulti




Ada lagi yg dah di-upgrade & dibina kat sini. Korang boleh google kot bangunan lain macam Masjid UMK Jeli, medan selera, kolej kediaman (Blok A, Blok B, Perumahan IBS (utk pelajar lelaki) and paling latest utk intake Sept 2015/2016- Taman Pinggiran UMK), Fakulti (ada satu je bangunan fakulti + labs), court, kawasan Agropark dan lain-lain.

 KLIK link ni kalau nak tengok lagi banyak gambar UMK Kampus Jeli yang di-share oleh salah seorang batchmate hakak :)

Nak tengokkk gambar kolej kediaman??

Toilet ! hahaha

Koridor bilik

Mesin basuh kat aras 1. Mesin basuh pun ada kat aras bawah dengan aras 3. kita share share ler ye heheh RM 2 je sekali basuh (boleh gune duit kertas :) )


Ada dua fakulti je kat Jeli ni setakat ni, Fakulti Sains Bumi (fac hakak J) dengan Fakulti Industri Asas Tani. Tahun 2012 dulu just ada 7 kos je tapi makin lama makin bertambah kos baru kat sini. Based on SV(supervisor fyp) hakak, beliau kata Sept ni pun ada kos baru lagi which is kos Tenaga. Waaa sape yg dapat tu kira beruntung tau.

Kat bawah ni hakak saje je list-kan kos mengikut fakulti yg ada kat sini.

Fakulti Sains Bumi FSB (Faculty of Earth Science)
  1.  SEG (Geosains)
  2.  SEL (Sains Kelestarian – Sustainable Science) *hakak budak SEL J hahaha
  3. SEN (Sains Sumber Asli)
  4.  SEB (Sains Teknologi Bahan)
  5. SEH (Sains Perhutanan)

Fakulti Industri Asas Tani FIAT (Faculty of Agro-based Industry)
  1.   SBP (Sains Sumber Produk)
  2. SBT (Sains Bioindustri)
  3. SBH (Sains Peternakan)
  4. SBS (Sains Agroteknologi)


Hakak rasa macam ada yang tercicir kot. Ke dah cukup? Hahaha konpius lah hakak byk sangat kos ni. Hehehe. Dulu FSB pun pakai SB_ jugak. Macam SEL dulu SBK tapi since batch baru masuk tahun 2013 tak silap, dah tukar nickname. Papepun yang penting, kita serumpun satu university, dengan kos lain pun kita berkawan. UMK Jeli ni kecik lagi so memang hari-hari kau akan terserempak dengan orang yg sama. Tapi macam hakak, ade je budak batch hakak tapi akak tak kenal sebab mcm tak pernah Nampak. Muahahahahaha. Tah la. Maybe yg outstanding lebih dikenali ramai. Hakak ni pun agaknye ramai yg konpius hakak senior ke junior.

Seronok ke tak kat UMK Jeli ni? Hm. Jujur hakak cakap, awal-awal dulu sumpah tak best. Pagi pergi kelas. Habis kelas pergi makan. Pastu balik bilik. Pastu taktau nak buat ape dah. Sekarang tak. At least skrg dah ade kolam rekreasi dekat dengan Masjid UMK. Boleh jogging. Pastu ada outdoor gym, court futsal, court tenis, basketball, netball, volleyball.

Dulu hakak Cuma tau outing je tiap-tiap minggu bila bosan. Hahahaha. Padahl KB Mall je pun weh. Ni makin lama makin muak pulak sbb tu jelah satu-satunya mall kat sini. Batch kitorang pun skrg ni kalau outing, tak main dah la KB Mall weh. Outing msti pergi Penang lah, Terengganu lah, mcm2 tempat. We called it as “Escape” kalau pergi jejauh ni.hahaha hakak pun tak  terlepas daripada “Escape” tu. Tapi tipulah kalau tak pergi KB tu. Bila rasa stress and we need some space nk enjoy ourselves makan sedap2, kitorang pergi lah KB Mall.

Haaaa satu lagi benefit korang utk batch Sept ni. Nak beli brg2 keperluan tak yah pergi Tanah Merah dah semata nak pergi Pantai Timur (pasaraya) mcm kitorang sebelum ni. Dah ada dah Pantai Timur baru kat Bukit Bunga. Hahahah kitorang jakun betul masa PT baru bukak harituh.lolss. Tapi ye adik-adik, kat Jeli takde kepsi,mekdi, pizzahut ape semua tau. Ada pun Coolblog je kat Jeli Mall (Petronas je pun sebenarnya tp mcm pasaraya). Hahaha. Jeli ada chicken chop RM 5, Cendol Pulut Tapai (CPT), Bihun Celup (emm rindu pulak bihun celup café 1), Air Paperbag (Café UMK), roti tempayan & mcm2 lagilah.

Treasure lah experience korang kat sini. Banyak bende baru yg korang akan tahu. Hakak ni pun tak habis treasure lagi area Jeli ni. Kolam Air Panas tak pergi lagi (takut kencing tikus).
Emm. Nak cerita ape lagi eh. Banyak sangat. Senang ceritalah, korang datang sini dulu. Feel the environment. Kalau ada pape kegusaran ke curious ke rasa mcm tanak pun masuk UMK ke, feel free to ask me. Ecehhh. Macamlah hakak ni bagus sangat. Hahaha

Kepada bakal junior hakak yg dapat kos SEL, jangan menangis dulu. Sedih takpe. Hahaha. Kejap je 4 tahun tu. Paling penting, enjoy yourselves here. “Alaaa kak,cemane nak enjoy kalau u pun dalam hutan?”. Senang je jawapannye. Surrounds yourselves dengan kawan-kawan yg fun but at the same time rajin belajar. That’s it J
Hokay lah. Penat dah akak menaip. Kalau menaip bende merepek kemain panjang. Ce kalau menaip thesis. Dua jam baru satu page. Hahahahaha.

Babai uols.

Zaijian !

Friday 22 May 2015

AYAH

Harini, aku tergerak hati nak bercerita tentang Ayah. Selama ni, mungin kalau ada yang memerhati tweet aku takpun peka dengan perbualan aku tentang keluarga, aku selalu bercerita pasal Emak. Takpun, aku mesti selang selikan cerita aku dengan perkataan Ayah dan Abah. Mesti tak ramai yang perasan. 

Ayah dan Abah adalah dua orang lelaki berbeza dalam hidup aku. 

Kenapa aku tergerak hati nak post entry ni? Sebab aku perhati, zaman sekarang tak ramai yang menghargai Ayah. Dan, rata-rata rakan terdekat even junior aku pun sudah kehilangan insan yang mereka sayang ni. Ya. Betul. Kita kena hargai Emak sebab beliau yang susah payah lahirkan kita ke dunia ni. Tapi tanpa Ayah pun, kita tak wujud sekarang ni. Aku sangat terasa bila ada mereka mereka yang 'kurang' menyenangi Ayah dan lebih selesa dengan Emak. Itu aku tak dapat nafikan, sebab sebagai seorang perempuan macam aku, aku pun bila dah meningkat dewasa, aku lebih suka berkepit dengan Emak. TAPI aku mulakan perasan 'suka' berkepit tu masa aku umur 13 tahun :) emm cemane nak cakap eh. Jujur sebenarnya sedikit terpaksa sebab ... Haihh. baca jelah sampai habis kalau kau nak tahu sangat apa yg aku bebelkan.

Since kecik, aku memang rapat sangat dengan Ayah. Terlalu rapat. Maybe salah satu sebabnya aku anak sulung jadi bond tu kuat. Tambah-tambah, masa aku kecik dulu Mak aku kerja shift and Ayah aku kerja gov jadi masa aku kat rumah banyak dihabiskan dengan Ayah. I must admit yang Ayah aku seorang yang garang. NOPE. SANGAT GARANG. But at the same time, beliau seorang yg sangat rajin, kreatif dan sangat penyayang. Zaman aku sekolah rendah, dialah yang kejutkan aku bangun pagi sebab mak sebelum subuh dah gerak g kerja sebab masa tu ktorg stay selayang and mak kerja kat Shah Alam. Breakfast aku dengan Ayah hanyalah secawan Nesvita Honey. Tu pun ktorg kongsi secawan. Sweet tak? hahahaha. Tengahari balik sekolah, Ayah dah ada kat rumah. Lunch? hehehe Ayah selalu suruh aku beli lauk kat kedai makan naik scooter electric tu. muahahaha dan itulah yang buat aku tak sabar nak balik rumah cepat cepat. fefehling bangga bila aku sorang je yg bawak scooter tu kat area rumah aku dlu. 

ROTAN. tu benda wajib yang aku dapat setiap kali buat salah. emm. bukan salah. tapi sebab nakal nauzubillah sangat kot? Aku boleh bagi purata setiap dua hari mesti aku kena rotan sampai berbirat timbul2 semua pedih yaaaaa amaattt. Sampaikan ada masa-masanya aku fikir yg Ayah ni tak sayang aku ke hapee. hahahahaha sebabnya mungkin aku suka main sampai senja kot dan lain lain seperti memetik pokok bunga yang beliau tanam hehehehe, tp aku mmg nakal laa time kecik dlu. tak hingat nak balik rumah pun iye kalau dah pergi main. kawan pun semua lelaki je yg banyak. kahkahkah

Schedule aku (ecehh schedule sangat) time sekolah rendah dulu sangat pack. Pagi pukul 7 dah kena bertenggek kat sekolah sbb ade tuisyen 30minit sebelum kelas start then sekolah sampai tghari. petang pukul 3 kena bertenggek pulak utk koko la rumah sukan la apelah hahahaha. balik je kena siap-siap pergi ngaji. Pukul 8 malam pulak pergi tuisyen sampai pukul 10. Dinner aku? Ayah selalu tunggu kat kedai makan dengan mak (mak balik kerja malam sobs sobs) dekat dengan sekolah aku. So aku just kayuh je basikal tu sampai situ and tadaaaa, makanan dah terhidang. kah !

To be honest, Ayah tak pernah pun manjakan aku KECUALI aku berperangai yg sangat baik. tapi biasanya seorang Nur Ezati behave cuma utk beberapa jam je lepastu menyaitonnn balik. Ayah tak pernah belikan apa yang aku mintak KECUALI aku perform well dalam exam takpun kalau aku kumpul duit sendiri pastu dia topap duit sikit utk aku beli benda yg aku nak tu. Tapi setiap kali birthday aku, aku mesti dapat hadiah.

Aku seronok ada Ayah. kena rotan pun, nanti Ayah yang sapukan minyak gamat kat aku. Pastu mesti Ayah cakap,"Ayah rotan sebab ape? Tahu kan?". Pastu Ayah pun belikan gula-gula ke aiskrim ke. Ayah cakap, hidup ni kena berdikari sebab satu masa nanti kau susah, belum tentu ada orang nak tolong kau. Satu lagi. jangan mengada-ngada meminta-minta. Kalau nak pape, usaha sendiri. Aku iyakan aje nasihat beliau tanpa aku tahu nasihat beliau tu akan memberi impak dalam hidup aku masa aku berumur 12 tahun.

Sebelum UPSR, Ayah selalu pantau dengan strict nya performance aku kat sekolah. Exam ke test ke hape ke, beliau nak pastikan aku dapat A. Kalau dapat B, memang kena rotan ler jawabnya. Dari aku darjah satu, setiap kali balik sekolah then masuk bilik, mesti ada latihan Maths kat blackboard dalam bilik aku tu. Jari jemari ni banyak kali dah kena ketuk sebab kira pun salah hahahaha sampailah iols terer mengira. Sepanjang hari nak ke UPSR tu, Ayah selalu cakap kalau aku dapat 5A, beliau nak kahwinkan aku dengan kawan beliau. And I was like, WHAT?? Ayah, its too much because if I get 5As means that I got what you want. Tapi Ayah keep on repeating benda yang sama sampai cousin aku pakcik makcik aku semua gelakkan aku. Tapi aku tak kesah pun sbb aku tahu Ayah takkan buat camtu. paling tidak pun, Ayah akan cakap, nanti Ayah nak kahwinkan kau dengan sesape lah yg nak kat kau. Hmm. aku speechless sampai malas dah nak fikir pasal tu. hahahaha


And yeah. dua minggu lepas UPSR.. hmm.. cemane nak cerita eh. kang banjir pulak meja aku ni. 

Malam tu Ayah kena migrain teruk. Muntah-muntah, tak boleh nak bangun. And aku dah start rasa tak sedap hati sebab risaukan Ayah. Tak berapa lama lepastu, Ayah dah okay then beliau ke ruang tamu. Lepastu beliau panggil aku dengan adik. Ayah cakap, kalau jadi pape, jaga mak, jangan lawan cakap mak. Aku pun angguk je. Mak pesan kat aku, esok jgn pergi sekolah, tengok2kan Ayah.

Paginya, Ayah kejut aku macam biasa suh aku pergi sekolah. Lepas dah siap2, Ayah mintak aku belikan donat untuk adik aku, nk bagi dia mkn kat rumah babysitter sbb adik aku suke gila makan donat. Aku pun kayuh basikal dok cari org jual donat. Tapi haritu mcm pelik sbb semua kedai kuih yg aku pergi takde jual donat. Like seriouslylah kan. Balik rumah aku bgtau Ayah, Ayah cakap,"Tak boleh jadi ni. Takpe, kau duk rumah tengok adik jap. Ayah pegi cari naik motor pulak.". And he went to find doughnut. lalalalalalalala aku duk rumah tunggu then Ayah balik dengan muka bahagia gila bawak donat. Pehh, aku yg tgk pun jadi puas hati. tapi ada rasa pelik jugak. Then Ayah htr adik pergi rumah babysitter and aku pergi sekolah. 


Sepanjang kat sekolah, aku rasa sangat-sangat tak sedap hati. Aku rasa macam ada something wrong kat rumah. Aku igt lagi, masa tu pukul 10. Aku dah tergerak hati nak balik dah. Tapi aku tak jadi balik. Padahal cikgu bagi balik dah !!! arghh ! bila teringat balik, aku rasa menyesal sangat. haihh..
serius aku tak keruan sepanjang tunggu masa loceng balik nak berbunyi. loceng bunyi je, aku amek basikal terus merempit balik rumah.

*plot yg sepatutnya tak dapat diceritakan. biar jadi simpanan peribadi*

Balik je rumah, tahulah aku yang Ayah dah tak ada dan orang yang pertama tahu pasal ini adalah aku dan adik aku. Kejap je. Aku rasa baru tadi aku bercakap dengan Ayah. haihh. 

Sepanjang 12 tahun hidup dengan dengan Ayah, tak pernah sekalipun aku cakap terima kasih kat Ayah. Dan aku sebenarnya kesian dengan adik aku. She's just 4 y/o bila Ayah meninggal. Sian kat adik. Dan mungkin sebab tu dia agak nakal sikit bila dah besar ni. 

Mulai detik tu jugak aku mula faham segala benda yang Ayah dok cakap kat aku. Pasal berdikari, nak kahwinkan aku la. Semua tu sebab dia macam dah boleh agak dia memang akan tinggalkan kitorang dalam masa terdekat tu.

Dan inilah yang menjadi salah satu sebab kenapa aku geram bila ada yang taknak hargai Ayah KANDUNG sendiri. Kau tahu tak perasaan bila dapat peluk Ayah kandung kau sendiri, cium dia. dan korang harus bersyukur sebab pada usia korang yg sekarang ni, korang masih ada AYAH. Please. treat him nicely. Dan aku sangat suka dengar bila kawan aku bercerita betapa dia rapat dengan Ayah dia walaupun aku agak cemburu. tipulah tak cemburukan. hahaha tapi takpe. aku redha.



Mungkin Ayah korang tak pandai tunjuk yang dia sayang korang sebab dia sendiri akan rasa awkward bila korang dah besaar tapi tak salah kalau korang approach dia (^_^) take your time call dorang tanya khabar instead keep on cakap,"Ha hello bah, mak ade? nak cakap dengan mak kejap". kesian Ayah korang. dulu kecik kecik dia jugak yg melayan korang. dah besar, korang layan mak je? bukan nak suh korang lebihkan ayah or lebihkan mak, tapi make it balance. so that takdelah Ayah dgn Emak kecik hati pulak. Okayy?

hmm tu jela aku nk share. tak semua pun. sekadar luahan hati aku. terima kasih baca post panjang-panjang ni. xiexie.



Wednesday 28 January 2015

Masalah eyebag dan lingkaran gelap keliling mata? EYE CREAM SOFFYA KAN ADEEE!


NI HAOOO NIMEN !

Dah agak lama jugak tak meng-update blog kesayangan ini. Adapun terlalu sibuk sepanjang Semester 5. Ni pun tengah final exam walhal degree students yang lain dah selamat berfoya foyaan di rumah memakan nasi lauk ayam golek pusing pusing. hahahaha. Apakan daya, takdir Allah tu tak siapa boleh halang. Dengan banjir teruk kat KB, Kuala Krai sehingga ke Tanah Merah membuatkan UMK menangguhkan final exam semester Septermber 2015/2015. Kami redha dengan dugaan ni.

Okay, dah dah lah buat luahan perasaan. hahahah
Kali ni iols nak promote satu produk yang boleh dikatakan agak baru dalam market sekarang. Produk ni lah yang ditunggu tunggu, dinanti nanti bagai bulan jatuh ke riba oleh semua 'penghidap' EYEBAG & DARK CIRCLE. 
*over acting*

Jjjjannnngggg ! 

EYE CREAM BY SOFFYA 

YEAYYY ! Ni lah dia produk yang sangat best dan memuaskan hati iols. Nak tahu? Aku ni dah dekat 6 tahun 'menghidap' EYEBAG berskala kritikal since aku form 4. Maybe sebab waktu form 4 dulu kemain study hard kan sebab nak prepare for SPM (2010). Then bila start kerja office lepas SPM sementara tunggu offer matrik, eyebag aku jadi lagi teruk nokksss. And sampailah ke saat sebelum aku pakai eyecream ni.

Aku dapat tahu pasal krim ni pun lepas Fafang bgtau ade instashop yang jual krim homemade based on natural ingredients. Then ade rezeki lebih sikit, aku pun beli lah dengan harapan yang sangat besar untuk eyebag ini hilang at least tak berlapis sampai 2 -3 macam selalu. hahaha

KEBAIKAN EYE CREAM SOFFYA?
meh baca dulu :

🍂Memperbaiki tekstur kulit di sekeliling mata
🍂Menolong didalam menegangkan kawasan sekeliling mata
🍂Menghilangkan bulatan hitam dibawah mata
🍂Melembap dan mengurangkan kesan lebam di sekeliling mata
🍂Menenangkan kawasan mata
🍂Mengurangkan rasa letih pd mata
🍂Menjadikan mata lebih segar & sihat
🍂Menghilangkan garis-garis halus sekitar mata
🍂Mengurangkan eye bag
.
.
InsyaAllah dgn sekali sapuan pun dh terasa perbezaaanya tika bangun pagi...
.
.
Cara pakai:
Sapu gerakan membulat di sekeliling mata. Pagi dan malam.

(Berat krim: 10g, Harga: RM 25 sm/ RM 30 ss)

Sebelum cuba eye cream Soffya ni, puas jugaklah aku dok cari produk ape yg elok. pakai eye gel Cosmoderm pun tak berkesan. punyalah teruk eyebag aku ni. hahahaha.

KESAN? 
Okay. Meh tengok testimoni aku sendiri

ni gambor selama aku ada eyebag. kira okay yg ni sebab yang lain nauzubillah teruk. tak caye jugak?

haaaaa caye dah ? hahahha
So lepas je aku dapat parcel eye cream ni, excited gilosss. siap je mandi aku terus sapu kat bahagian eyebag tu dengan keliling mata. bau krim sangat lah wangi. lepastu aku dapat satu idea = simpan eye cream ni dalam peti ais ! HAHAHAH. serius lagi best efek dia. sejuk jeee lepas sapu kat mata. 
dekat dua minggu jugak aku pakai eyecream ni. hasilnya alhamdulillah..walaupun tak terus hilang, tapi bila aku bangun pagi, eyebag dah tak sebengkak dulu. kira confident level tu lagi tinggi dari sebelum ni. hahahaha best weh. 

TADAAAAA !  ni lah hasilnya lepas pakai dalam seminggu camtu. nampak kan line line bekas eyebag tu?

Efeknya bergantung pada korang jugak. Kalau rajin sapu pagi and malam, in sha Allah berkurang. Tapi still kalau tak cukup tidur, eyebag aku ada lagi cuma kurang lah sikit dari dulu. hahahaha

OH YE ! Kakak tu ada cakap yang kulit bawah and sekitar mata kita sebenarnya 6 kali lagi nipis dari kulit muka. So elakkan pakai foundation, bb cream or any cream lah sebab dia boleh buat kulit mata kita jadi gelap.

JADI, kalau korang berminat nak try eye cream ni nak hilangkan eyebag or dark circle, boleh ke official Instagram Soffya @soffyamy (founder) takpun ke Instagram stokis dia @elzbeauty.  kat situ banyak lagi produk Soffya yang homemade for whole body care sampai lah ke skincare. best woo stalk ig Soffya sebab dorang pun ada jual produk ikut set yang memang murah and jimat gilosss. hahahhaa

cepat cepatlah jenguk ig dorang ! confirm tak rugiiiii ! 

#credit to Soffya My @soffyamy & @elzbeauty