Monday 30 December 2013

REVIEW : SABUN SUSU BERAS KOLAGEN

hai korangggg....  sudah lama beta tak update blog kesayangan ni haaaa.. cukup sebulan tau. kau tau tak betapa busy nya aku time hujung sem 3 ni ? dengan esaimen yang tak pernah takdek. pastu bukan senang, sume susah-susah. time study week pulak, orang nak study, bukan nak siapkan esaimen yang belambak tu. adoii. botak kepala. macam tengah study phD pulak kau tahuu.. 

ah bosan la nak cerita pasal busy busy ni.

so marilah kita sambung objektif utama post kali ni.

SAPEE PENAH PAKAI SABUN SUSU BERAS KOLAGEN?????
KALAU PENAH,SILA TUNDUK DAN KIRA BERAPA BANYAK JARI KAKI YANG KORANG ADEE!!!

Okay, beta bergurauu. hahaha. seriuslah, sape penah pakai sabun susu beras kolagen ? wah wah wah.. mesti ramai. confirm. 
tapi mesti ada jugak yang baru berjinak-jinak nak pakai produk ni akan tercari2 testimoni or review daripada pengguna setianya.. sebab nak tahu sejauh mana keberkesanan produk ni kan ? kan? angguk cepattt !

meh beta kasi 1st review pasal sabun susu beras :D

TADAAA, ni lah Sabun Susu Beras Kolagen yang beta pakai :D
Beli kat rumet kite, Cik Syafa. Dia pun berbisnes macam beta tauu.hahaha

berbalik kepada review. punca utama aku "menggatal" nak try sabun ni sebabnya sabun muka collagen plus vit e aku dah habis. stok yang ada pun nak buat jual kat customer. makcik aku tak bagi lebih. so memandangkan Syafa jual sabun ni, aku pun belilah satu and try dengan penuh ke-excited-an.

malam tu jugak aku potong sabun ni jadi 4 bahagian. pastu pergi cuci muka dengan bahagianya. First, sabun ni sangat wangiii ! bau dia macam bauu..emmm. tak dapat nak gambarkan tapi adalah bau ala-ala beras ke pulut camtu ah. tapi wangi weh. rasa macam nak makan je. hehehehe.. lepas cuci muka dgn sabun ni, aku dapat rasa muka aku bersih semacam. macam ada protection mask kat muka ni

Apa perubahan yang aku start detect kat muka lepas beberapa hari pakai sabun tu ? Mula-mula, dalam 3 hari camtu, aku rasa pedih-pedih kat area pipi aku. pedih.dia cam merah-merah pakai blusher. aku takut jugak. pastu aku google, rupanya side effect sikit sebab aku ni resdung teruk, so sabun ni nak kamceng dgn kulit aku, kenalah berlawan2 dulu dgn resdung tu :p  tapiii,Muka aku makin cerah. pastu lembut gilaa nak mati, licin dan ala-ala gebuss gitteww. *jemah sangat*. sumpah seronok pakai sabun ni. before this, kulit aku senang berminyak. tapi sekarang ni dah makin kurang even aku pakai lagi krim siang collagen plus vit e  tu :))

dah 2 kali aku ulang beli sabun ni, means aku suka and sabun ni bagus. daripada korang buang duit beli garnier memahal tu, baik beli sabun ni. hahaha. jimat, murah dan berkesan. eh, sabun ni boleh pakai kat badan jugak tau. aku ada try skali. sedap gila bau sabun ni melekat kat badan, rasa macam nak gigit tangan sendiri pun ada.

satu lagi.. aku start pakai sabun ni dalam seminggu lepas sabun kolagen plus tu habiss. kasi muka rehat duluu. pastu aku dah lama jugak tak pakai krim malam . so bila bangun pagi, muka fresh2 gituu, pergi toilet tengok muka mak aihh, berminyak gilaa. tapi lepas guna sabun ni memalam before tidur even tak pakai krim malam pun, esok pagi bangun, tak berminyak langsung muka iolss. lagilah aku seronok.kekekekeke..
panjang betul review aku ni. baru pasal Sabun Susu Beras. muahahaha

 beta memang puas hati dengan produk ni (^_^)

So , aku summarize jelah kenapa korang patut cuba try test pakai Sabun Susu Beras Kolagen ni.
  1. mencerahkan kulit muka 
  2. menghilangkan "bendasing" kat muka korang
  3. menggebu dan melembutkan kulit muka
  4. mengurangkan masalah muka berminyak
  5. menegangkan kulit muka
  6. sangat wangi
  7. murah dan menjimatkan
kalau bab jerawat, aku tak sure sebab muka aku takdek jerawat.. hewhewheww.. maap xD

PALING PENTING , PASTIKAN YANG 

Sekian sahaja daripada beta. Terima kasih sudi membaca
Mari menjenguk ke post yang lain (v)(^_^)




8 comments:

  1. Nad pun pakai sabun ni.. Nad pakai muka dengan badan sekali.. best..
    Memang mula2 pakai risau tapi lepas tu rasa macam kejap2 nak cuci muka..

    Sekarang ni nad pun dah start jual sabun ni dekat internet..
    sitinadiaramlee.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. tahu takpe Nad, kejap2 rasa nak cuci muka. sebab seronok.. hehehe ^_^ good things awak pun jual. tapi customer sekarang ni ramai takut if produk2 camni tiruan punye. So testimoni sendiri itu penting (v)(^_^)

      Delete
  2. macam mane nak tau ori ke tak ek ? saya pon pedih2 dalam 2 3 ari ni pakai but makin berkurang la pedihnye tu. tp still risau gak. hee.. please share camner nak tau ori ke tak ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling senang, detect kat bau. kalau bau cam beras beras tu, ori lah. yang tak ori, bau dia tak macam susu beras pun.. emm, cemane eh nak explain pasal bau bau ni.. hahaha

      Delete
  3. Replies
    1. hi awak. yup, sampai sekarang sis still pakai lagi :)

      Delete
  4. Br beli sedozen semalam nk try... Hikss

    ReplyDelete
  5. Beli tadi... Pedihnyerr.... Takot laa nk pakaii.. Dh la muka ada jeragat sejak azali ni.. Buat nyer makin trok caner yer.. Pedih tu side effect je ke?

    ReplyDelete

Mari tinggalkan respon andaa :)