Monday 13 August 2012

Kek Batik Lembut Nyummyy

malam ni terasa rajin nak menaip pulak.hihi
nak share resipi kek batik ni..
sebelum2 ni suh kakak angkat je buatkan.tapi bila dah pandai buat,mak pulak suh aku buat.
kek batik ni nampak je simple dgn biskut marie and coklat.tapi disebalik dua bahan utama tu,ada lagi bahan yang buat kek ni UMPHH! sedap!

kalau tengok kat pasar malam ke pasar pagi ke,kek batik ni,sepotong yg lebih kurang 10cm dekat 5 ringgit dorang jual.tapi rasa nye,kemain tak sedap.

better buat sendiri.puas hati.

teringat masa birthday Irra masa kat matrik.aku bawak kek batik.pastu si qila @ killer bawak lari bekas kek tu sebab nak makan sensorang..punyelah kempunan.hahaha..
Encik Bubu pun suka makan kek batik.sejak bila tah.hahaa. abah pun sama. asal aku buat je,confirm bawak bekal kek pergi kerja.hahaha..lawak la pulak.. baru2 ni bawak pegi field trip, makan dalam bus, dorang cakap kek batik i lembut sangat. tak rasa macam biskut pun. eheee :D cheitt puji diri sendiri lelebih nampak ! hahaahah

so,takyah bebel panjang-panjang.nah resipi.tak salah share kan? :)

ni padahnya bila nak cepat. hahaha. haru biru kek batik den

the ingredients : (resipi ni utk dua loyang tau.yang empat segi tu)

Biskut marie            2 bungkus (kalau nak ada kelainan ,guna la biskut marie yang coffee)
coklat masak            2 bar (kalau guna vouchelle tak sedap sangat)
susu cair/susu sejat   1 tin
butter                        1 bar @ 250g
serbuk koko/milo     2 atau 3 sudu,kemudian bancuh dgn air panas sikit

cara nak masaknya senang je.

1. patah-patahkan biskut marie tu.kalau nak potongan kek cantik,patah dua je biskut tu
2. patah-patahkan coklat masak tuh kecil-kecil.butter pun sama.then masukkan dalam periuk .cairkan coklat dengan butter tuh.
3. dah cair semua tu,masukkan susu sejat tu setin terus.kacau sampai dia agak-agak menggelegak.
4. pastu masukkan serbuk koko/milo yang dah dibancuh dgn air panas.
5. kacau sampai agak-agak pekat sikit
6. then masukkan biskut marie.kacau sampai sebati.
7.then boleh la tuang dalam loyang.
8. bila dah tak panas,sejukkan kek dalam peti ais.
9. bila nak makan,potong la :)

kadang-kadang ade yang suke guna susu pekat, sebab tu lah kek batik ni jadi keras tapi ade jugak yg suka keras2 kan.. bila keras, if biarkan atas meja lelame pun dia jdi lagi keras. susu sejat tu melembutkan biskut marie :D hehehe. then kalau gune serbuk koko je pun tak okay, tu pun boleh mengeraskan biskut. tak best la makan kalau still terasa keras biskut tu tu. nama pun tak boleh jadi kek batik la kan ? xD

so,simple dan mudah je kan?  try it.
confirm sedap dan lembut! ^_^

kalau selalunya raya buat biskut,ce raya kali ni buat kek batik plak.hihihi..

sekian,selamat mencuba :D


Friday 10 August 2012

TOMYAM AYAM nyum nyum :D

alohaa :D

lai lai lai..nah berkongsi resipi tomyam emak Nur Ezati ni..entry ni dibuat pun sebab si wanie a.k.a NSLJ nak sangat resipi tomyam mak aku yang dia dah rasa sekali melantak masa stay rumah aku time matrik dulu..hahaha..

tomyam ni senang je nak masaknya..sape cakap susah? meh sini aku nak siku dia :P
memandangkan tomyam ni memang feveret cik merah,so aku da pro masak tomyam tau..hahahaa..
lagi-lagi kalau tomyam yg masamm..pehhh! sedap sampai meleleh air liurr..kecurr..hihi

TOMYAM AYAM (5 orang makan)
so now,here's the ingredients that we need :

ayam         dipotong kecil ( kalau nak senang,beli ayam fillet yg dlm pack tu,tinggal potong kecil2 je )
carrot        dipotong bulat-bulat ( bape batang,ikot suka korg )
serai          diracik halus ( dalam 5 batang )
bawang     belah 4 ( 2 biji je)
tomato      pun sama cam bawang ( 2 biji )
daun limau purut ( 2 helai dah cukup )
limau purut   belah lepastu perah jus nye ( nak lagi masam,perah la 2 biji )
perencah tomyam putih sepeket sahaja :)
cili blend

okay,sekarang kita ke cara-cara memasak pulak.
siap sedia pakai apron kay n_n

hahaa..poyo je cam masterchef :P


1.didihkan air dalam periuk..kalau nak banyak kuah,banyak la air nya tapi jgn banyak sangat..biar balance dgn perencah.
2. bila air dah mendidih,masukkan perencah.dan lepastu masukkan serai.
3. kacau kacau dan kacau.
4.pastu masukkan cili blend.kalau nak pedas,letak la 2 sudu ke bergantung kpd kepedasan cili tu.
5. bila semua dah selamat larut,masukkan ayam yang dah dipotong kecil-kecil tadi :)
6. masak sampai ayam tu empuk ( kejap je )
7. then masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa.
8. dah puas hati dgn rasa masin tu,masukkan la bawang and carrot.
9. reneh kejap nak bagi carrot lembut.
10.perah limau purut dan rasa la kemasaman tomyam tu.dah puas hati,masukkan daun limau purut.
11. last skali baru masukkan tomato :D

then,it's done ! ^_^

ni ada petua mak aku bagi.kalau nak masukkan udang dalam tomyam,udang tu rebus dulu dalam periuk lain..tak yah lama ,kejap je. then tapis udang tu,baru masukkan dalam tomyam sekali dgn ayam.
kalau air rebusan udang tu dicampur dgn tomyam,nanti tomyam rasa tak sedap sebab rasa udang tu kuat.

haa..paham tak? senang je kan? bg sesiapa yg kata masak tu leceh,susah,payah..mengada je tu.senang jela masak2 ni. and yang penting,boleh practise memasak utk bakal husband nanti.hahahaha

okaylah..next time,aku share resipi lain plak kay?
Sekian,selamat mencuba


Monday 6 August 2012

Felt craft :D

Aku sebenarnya bukanlah seorang yang suka menjahit. Tapi lepas aku nengok pasal felt ni kat Tv, aku terus rasa macam ada satu spirit masuk dalam badan aku suruh suka kat felt. hahaha. cerita nak gempak aje Nur Ezati ni :p
Dipendekkan cerita, aku pun pergi lah beli kain felt tu dengan azam serta semangat yang tinggi untuk jahit menatang-menatang ni.
First aku berjinak dengan felt ni masa bulan puasa. Bosan duduk rumah, aku tibai la jahit segala bentuk dengan felt ni. Then adik aku bawak g sekolah. Budak-budak kan. Senang terpengaruh dengan benda comel ceni, ape lagi, tak memasal kawan2 adik aku order. hahaha. bermula lah entrepreneurship dalam diri aku ni. Ecehh :p

Tab case :D

Hard disk case (new edition)


Tempahan kat kampus :D
*sempat lagi buat even banyak gila assignments kena siapkan*


 Yang kat atas ni semua tempahan sepanjang Entrepreneur Week dekat UMK Kampus Jeli :)





 Makin lama , makin gebu felt aku

First trial by using cupboard :) ni masa mula-mula nak menjinakkan diri dengan felt ^_^


Dah mula upgrade guna kapas pulak :D




Bookmark Giraffe :D

Special made for my Bubu ;D

Untuk Cik Syafa-roommate sayaa :D

 Case untuk hard disk :D (old version)

Semua ni adalah hasil yang bermula daripada BOSAN. HAHAHA.

In case kalau berminat nak order untuk mak ayah pakwe makwe atok nenek sepupu sepapat kawan2 ke, boleh je tengok link ni Mari Menjadi Kreatif :D
btw,memang seronok buat then lagi la happy bila apa yang kita jahit ni cantik molek je ha ^_^
bangga dengan diri sendiri.

kalau sesiapa buat benda ni suka suka,best wa cakap ..kalau dapat tempahan,buat je.untung kemain lagi mak jemah bgtau ni :D
and practice makes perfect.makin lama makin kemas jahitan dan makin laju menjahit.hihi

selamat berjaya ..

sekian,terima kasih.