Thursday 24 October 2013

Kenapa Berat Badan Saya Susah Nak Naik ?

selamat kembali ke blog nur ezati selepas 2 bulan tidak meng-update apepun. hahaha. bukan ape, time cuti sem harituh, iolss kerja fulltime okeh kat Cosway makcik i. 10-10, 12 hours. gila nokk. keding badan i even makan nasi lemak hari-hari.
lepastu iolss dah maleh nak online kat lappy sejak pakai Umobile. hahaha.

ni baru dapat peluang godek2 blog lepas kk i ade wifi ( LAME sangattt)
Currently, i'm in 2nd year now. dah habis part 1 sem 3 dah. another 2 and a half months lagi before sem 3 habis. tak sabarnyeeee. sem ni nampak rileks je, tapi subhanallah.. assignments tak pernah tak ade. gila penat otak. belum penat mulut present gedebak gedebuk depan yg lain lagii. kalau penat mulut bebel takpelah. hahaaaa.

Entry kali ni nak berkongsi pasal berat badan iolss yang dari 7 tahun lepas (2006-2013)  maintain dan takat tu je. Mungkin kali ni entry ni panjang berjela, tapi sukahati iolls la. ni blog i.

bercakap soal berat, mesti ramai yang cakap, "bestnya kurus", "aku nak kurus laa.","kenapalah badan dorang kurus? bestnyaaaa. nak jugak macamtuh.", takpun, "aku rasa badan aku dah naik la. makin gemuk. so aku nak kurus.". haaa, selalu sangat dengar ayat2 camtu.

pada yang gemuk tu (sori tau, niat aku cuma nak berkongsi cerita. bukan nak kutuk ke ape kay), for surelah korang nak kurus atas faktor kecantikan dan kesihatan. tu tak dinafikan. banyak produk2 kuruskan badan kat market, dorang dok promot kat tv. tapi aku nak tanye, ade ke iklan menggemukkan badan kat tv? takdek kan? haaa, tu aku musykil. sebok dok pakat jual ubat kurus. salah strategi pemasaran dorang ni. yang kurus keding cam aku ni, takdek pulak ubat mengemukkan badan dorang promot.

pada yang badan mantap dan ideal tu toksah cerita la. dah lawo sangatt. ish geram pulak aku..

since 7 tahun lepas, berat aku tak pernah lebih 40kg. ini serius. plus, badan aku kecik dan memang nampak sangat aku cinonet. bila ditanya ke mak aku, dia cakap, genetik sebab dia pun kecik. tapi mak aku berisi je badannye. huwaaa T__T bila dicakap ke kawan2,jawapan dorang same,"kau kawen sok, gemuk la tuu.". ciss,takdek ayat lain..

disebabkan underweight, aku obses dengan produk yg menaikkan berat badan macam weightgain appeton tu. aku dah pernah cube. tapi tak berkesan. sedih kau tauu. then baru2 ni aku try makan multivitamin , si nana bagi lepas badan dia naik mendadak lepas stop consume vitamin tu. konon2 aku pun boleh lah berisi cam nana. aku dengan syafa yang same2 nak gemuk ni pun makan lah vitamin tu dengan penuh berdisiplin. hari2 makan. nak gemuk pun pasal. makan punya makan, dalam seminggu camtu, badan aku naik sikit lah. kat part aset je. hahaa.but then,naik bengkak2 gatal kat tangan kaki and badan. lepas refer ke klinik, aku disahkan alergik pada multivitamin tu T____T sedih lagi sekali sebab harapan nak badan berisi hancur.  aku dihalang sekeras2nya daripada makan vitamin tu oleh abg MA kat klinik umk ni. hahahaha. so i get back to normal. selera makan still sama. cepat lapar tu biasa.  pija ( herbalife distributor), pernah consult aku suh amek herbalife F1 dgn F3. tapi mase tu guwe takdek duitt. Pija kata, orang yg kurus nak ke gemuk memang sangat susah dan memerlukan masa yang lama. tapi orang gemuk nak ke kurus, sekejap je. lagi satu, tulang and muscle aku kecik. tu yang memayahkan badan berisi. kire badan aku ni,tulangnya tak cukup besar dan muscle tak cukup tebal. so nak gemuk tu payah sikit sebab byk steps nak kena ambil just nak tebalkan muscle. hahahaaa. so if aku gemuk nnti, memang totally gemuk isi la sebab tulang aku kecik. next, bila check tahap metabolism aku, metabolism aku sama dgn budak umur 15 tahun, consider aktif sesangat. padahal umur dah 20. tu nak bangga ke ape tu? ce gtau sikit.

takpelah, next sem aku nak try consume Herbalife. and then baru tau okay ke tak. aku nak berisi bukan ape, just nak ideal weight, biar badan cantik. takdelah nampak macam papan lapis je. pastu macam rangka tengah berjalan. hmmm

next step, aku dgn syafa pergi klinik 1Malaysia dekat Jeli ni. weolss amek ubat cacing kay ! cacing dah besar lengan agaknye dalam perut ni,thats why makan pun tak kenyang sbb cacing tu yang serap nutrien. hahaa. mengikut ape yg MA tu bgtau, salah satu faktor kenapa tak gemuk ialah, SUKA MAKAN PEDAS. katanya, acid dalam perut jadi aktif bila kita makan pedas. then dia akan act macam blender, kisar sume makan tu sebelum sempat nutriennye diserap oleh badan.  haiyaaa,kitorang dah le feveret pedas2 ni tapi tu pun boleh jadi punca. payah payah. lepastu dia cakap, cacing pun salah satu faktor. sebab tu kalau makan rasa tak puas. yelah, last makan ubat cacing time tadika, sekarang dah 20 thn, kau bayang la cacing tu dah besar mana, berape ribu dalam perut tu dia beranak pinak.
dan alhamdulillah. macam nampak hasil sikit lepas makan ubat cacing ni. berat aku naik 1kg dalam mase seminggu la lebih kurang. harap maintain la naiknye. jgn separuh jalan. perut dah kasi cuci dengan ubat cacing. hahaa

hasil bacaan aku kat internet dan juga suratkhabar, tidur boleh membakar lemak dan kalori di dalam badan. maybe tu  pun salah satu sebab badan aku tak naik kot sebab aku ni suka tidur. pantang ade masa terluang, memang aku bantai tidur. time tu jela aku rasa aman, otak aku tak serabut, tak stres, semua benda aku lupe dah namenye pun tidur tu mati sementara. so aku memang banyak tidur. jadi lemak2 dan kalori yang aku bela selama ni terbakar begitu sahajaa.nak buat cemane kan, dah hobi iols tidur. hehehe

mengikut segala macam kajian dan hasil pertanyaan yang aku dapat, ni adalah beberapa faktor kenapa seseorang tu susah sangat nak naik berat badannya :
  1. GENETIK
  2. MUSCLE AND BONE YANG KECIL DAN TAK PADAT
  3. METABOLISM
  4. SUKA MAKAN PEDAS
  5. BANYAK TIDUR
setakat ni , tu je yang aku dapat detect. heee.
nak taknak, kena cube herbalife dulu. Bubu pun suruh try herbalife tu. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. in sha Allah :D

dah penat nak menaip. terasa mengantuk. iols nak tidur.hihihi Sekian ...