Friday 10 August 2012

TOMYAM AYAM nyum nyum :D

alohaa :D

lai lai lai..nah berkongsi resipi tomyam emak Nur Ezati ni..entry ni dibuat pun sebab si wanie a.k.a NSLJ nak sangat resipi tomyam mak aku yang dia dah rasa sekali melantak masa stay rumah aku time matrik dulu..hahaha..

tomyam ni senang je nak masaknya..sape cakap susah? meh sini aku nak siku dia :P
memandangkan tomyam ni memang feveret cik merah,so aku da pro masak tomyam tau..hahahaa..
lagi-lagi kalau tomyam yg masamm..pehhh! sedap sampai meleleh air liurr..kecurr..hihi

TOMYAM AYAM (5 orang makan)
so now,here's the ingredients that we need :

ayam         dipotong kecil ( kalau nak senang,beli ayam fillet yg dlm pack tu,tinggal potong kecil2 je )
carrot        dipotong bulat-bulat ( bape batang,ikot suka korg )
serai          diracik halus ( dalam 5 batang )
bawang     belah 4 ( 2 biji je)
tomato      pun sama cam bawang ( 2 biji )
daun limau purut ( 2 helai dah cukup )
limau purut   belah lepastu perah jus nye ( nak lagi masam,perah la 2 biji )
perencah tomyam putih sepeket sahaja :)
cili blend

okay,sekarang kita ke cara-cara memasak pulak.
siap sedia pakai apron kay n_n

hahaa..poyo je cam masterchef :P


1.didihkan air dalam periuk..kalau nak banyak kuah,banyak la air nya tapi jgn banyak sangat..biar balance dgn perencah.
2. bila air dah mendidih,masukkan perencah.dan lepastu masukkan serai.
3. kacau kacau dan kacau.
4.pastu masukkan cili blend.kalau nak pedas,letak la 2 sudu ke bergantung kpd kepedasan cili tu.
5. bila semua dah selamat larut,masukkan ayam yang dah dipotong kecil-kecil tadi :)
6. masak sampai ayam tu empuk ( kejap je )
7. then masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa.
8. dah puas hati dgn rasa masin tu,masukkan la bawang and carrot.
9. reneh kejap nak bagi carrot lembut.
10.perah limau purut dan rasa la kemasaman tomyam tu.dah puas hati,masukkan daun limau purut.
11. last skali baru masukkan tomato :D

then,it's done ! ^_^

ni ada petua mak aku bagi.kalau nak masukkan udang dalam tomyam,udang tu rebus dulu dalam periuk lain..tak yah lama ,kejap je. then tapis udang tu,baru masukkan dalam tomyam sekali dgn ayam.
kalau air rebusan udang tu dicampur dgn tomyam,nanti tomyam rasa tak sedap sebab rasa udang tu kuat.

haa..paham tak? senang je kan? bg sesiapa yg kata masak tu leceh,susah,payah..mengada je tu.senang jela masak2 ni. and yang penting,boleh practise memasak utk bakal husband nanti.hahahaha

okaylah..next time,aku share resipi lain plak kay?
Sekian,selamat mencuba


No comments:

Post a Comment

Mari tinggalkan respon andaa :)