Thursday 24 October 2013

Kenapa Berat Badan Saya Susah Nak Naik ?

selamat kembali ke blog nur ezati selepas 2 bulan tidak meng-update apepun. hahaha. bukan ape, time cuti sem harituh, iolss kerja fulltime okeh kat Cosway makcik i. 10-10, 12 hours. gila nokk. keding badan i even makan nasi lemak hari-hari.
lepastu iolss dah maleh nak online kat lappy sejak pakai Umobile. hahaha.

ni baru dapat peluang godek2 blog lepas kk i ade wifi ( LAME sangattt)
Currently, i'm in 2nd year now. dah habis part 1 sem 3 dah. another 2 and a half months lagi before sem 3 habis. tak sabarnyeeee. sem ni nampak rileks je, tapi subhanallah.. assignments tak pernah tak ade. gila penat otak. belum penat mulut present gedebak gedebuk depan yg lain lagii. kalau penat mulut bebel takpelah. hahaaaa.

Entry kali ni nak berkongsi pasal berat badan iolss yang dari 7 tahun lepas (2006-2013)  maintain dan takat tu je. Mungkin kali ni entry ni panjang berjela, tapi sukahati iolls la. ni blog i.

bercakap soal berat, mesti ramai yang cakap, "bestnya kurus", "aku nak kurus laa.","kenapalah badan dorang kurus? bestnyaaaa. nak jugak macamtuh.", takpun, "aku rasa badan aku dah naik la. makin gemuk. so aku nak kurus.". haaa, selalu sangat dengar ayat2 camtu.

pada yang gemuk tu (sori tau, niat aku cuma nak berkongsi cerita. bukan nak kutuk ke ape kay), for surelah korang nak kurus atas faktor kecantikan dan kesihatan. tu tak dinafikan. banyak produk2 kuruskan badan kat market, dorang dok promot kat tv. tapi aku nak tanye, ade ke iklan menggemukkan badan kat tv? takdek kan? haaa, tu aku musykil. sebok dok pakat jual ubat kurus. salah strategi pemasaran dorang ni. yang kurus keding cam aku ni, takdek pulak ubat mengemukkan badan dorang promot.

pada yang badan mantap dan ideal tu toksah cerita la. dah lawo sangatt. ish geram pulak aku..

since 7 tahun lepas, berat aku tak pernah lebih 40kg. ini serius. plus, badan aku kecik dan memang nampak sangat aku cinonet. bila ditanya ke mak aku, dia cakap, genetik sebab dia pun kecik. tapi mak aku berisi je badannye. huwaaa T__T bila dicakap ke kawan2,jawapan dorang same,"kau kawen sok, gemuk la tuu.". ciss,takdek ayat lain..

disebabkan underweight, aku obses dengan produk yg menaikkan berat badan macam weightgain appeton tu. aku dah pernah cube. tapi tak berkesan. sedih kau tauu. then baru2 ni aku try makan multivitamin , si nana bagi lepas badan dia naik mendadak lepas stop consume vitamin tu. konon2 aku pun boleh lah berisi cam nana. aku dengan syafa yang same2 nak gemuk ni pun makan lah vitamin tu dengan penuh berdisiplin. hari2 makan. nak gemuk pun pasal. makan punya makan, dalam seminggu camtu, badan aku naik sikit lah. kat part aset je. hahaa.but then,naik bengkak2 gatal kat tangan kaki and badan. lepas refer ke klinik, aku disahkan alergik pada multivitamin tu T____T sedih lagi sekali sebab harapan nak badan berisi hancur.  aku dihalang sekeras2nya daripada makan vitamin tu oleh abg MA kat klinik umk ni. hahahaha. so i get back to normal. selera makan still sama. cepat lapar tu biasa.  pija ( herbalife distributor), pernah consult aku suh amek herbalife F1 dgn F3. tapi mase tu guwe takdek duitt. Pija kata, orang yg kurus nak ke gemuk memang sangat susah dan memerlukan masa yang lama. tapi orang gemuk nak ke kurus, sekejap je. lagi satu, tulang and muscle aku kecik. tu yang memayahkan badan berisi. kire badan aku ni,tulangnya tak cukup besar dan muscle tak cukup tebal. so nak gemuk tu payah sikit sebab byk steps nak kena ambil just nak tebalkan muscle. hahahaaa. so if aku gemuk nnti, memang totally gemuk isi la sebab tulang aku kecik. next, bila check tahap metabolism aku, metabolism aku sama dgn budak umur 15 tahun, consider aktif sesangat. padahal umur dah 20. tu nak bangga ke ape tu? ce gtau sikit.

takpelah, next sem aku nak try consume Herbalife. and then baru tau okay ke tak. aku nak berisi bukan ape, just nak ideal weight, biar badan cantik. takdelah nampak macam papan lapis je. pastu macam rangka tengah berjalan. hmmm

next step, aku dgn syafa pergi klinik 1Malaysia dekat Jeli ni. weolss amek ubat cacing kay ! cacing dah besar lengan agaknye dalam perut ni,thats why makan pun tak kenyang sbb cacing tu yang serap nutrien. hahaa. mengikut ape yg MA tu bgtau, salah satu faktor kenapa tak gemuk ialah, SUKA MAKAN PEDAS. katanya, acid dalam perut jadi aktif bila kita makan pedas. then dia akan act macam blender, kisar sume makan tu sebelum sempat nutriennye diserap oleh badan.  haiyaaa,kitorang dah le feveret pedas2 ni tapi tu pun boleh jadi punca. payah payah. lepastu dia cakap, cacing pun salah satu faktor. sebab tu kalau makan rasa tak puas. yelah, last makan ubat cacing time tadika, sekarang dah 20 thn, kau bayang la cacing tu dah besar mana, berape ribu dalam perut tu dia beranak pinak.
dan alhamdulillah. macam nampak hasil sikit lepas makan ubat cacing ni. berat aku naik 1kg dalam mase seminggu la lebih kurang. harap maintain la naiknye. jgn separuh jalan. perut dah kasi cuci dengan ubat cacing. hahaa

hasil bacaan aku kat internet dan juga suratkhabar, tidur boleh membakar lemak dan kalori di dalam badan. maybe tu  pun salah satu sebab badan aku tak naik kot sebab aku ni suka tidur. pantang ade masa terluang, memang aku bantai tidur. time tu jela aku rasa aman, otak aku tak serabut, tak stres, semua benda aku lupe dah namenye pun tidur tu mati sementara. so aku memang banyak tidur. jadi lemak2 dan kalori yang aku bela selama ni terbakar begitu sahajaa.nak buat cemane kan, dah hobi iols tidur. hehehe

mengikut segala macam kajian dan hasil pertanyaan yang aku dapat, ni adalah beberapa faktor kenapa seseorang tu susah sangat nak naik berat badannya :
  1. GENETIK
  2. MUSCLE AND BONE YANG KECIL DAN TAK PADAT
  3. METABOLISM
  4. SUKA MAKAN PEDAS
  5. BANYAK TIDUR
setakat ni , tu je yang aku dapat detect. heee.
nak taknak, kena cube herbalife dulu. Bubu pun suruh try herbalife tu. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. in sha Allah :D

dah penat nak menaip. terasa mengantuk. iols nak tidur.hihihi Sekian ...

40 comments:

  1. asset mana yg naik tu?? hahaha.. atas bawah?? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah.. jge sikit asset tu.. nnti di usya kang.. hahaa

      Delete
    2. ini saya lah.. saya.. ye saya.. hahaha

      Delete
  2. hai dear, hee i pun berat x penah 40kg. skrg 35kg tggi 157..terok gilaa rasa. pnh consume herbalife,dr rozmey,appeton tp x mnjadi. skrg try b-complex je. btw, gud luck ye :)

    ReplyDelete
  3. ape yang akak rase , sebijik dgn sy kak . ingat sy sorang je kat dlm dunia ni y mcm tuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai je yang ada masalah sama macam kita nii. cuma kita tak berapa nampak sebab benda macam ni tak terlalu exposed to umum :) keep on trying to gain weight

      Delete
    2. hi sis nk tanya mutant mass yg sis minum tu boleh utk prmpuan ke? 😅

      Delete
    3. Hi Alifa, boleh je..hahahaa sebab saya dah minum dah pun.

      Delete
  4. Salam..sy pun mcm awak gak, tp lagi teruk kot sbb tinggi 160cm tp berat tak penah lebih dari 40kg. Nampak sgt kurusnya sbb sy tinggi. Benci sesangat bila ada org tnya, "Asal kurus sgt?" -,-' Sy ada terfikir jugak sblm ni..mgkin sbb perut penuh dgn cacing, tu yg susah sgt nak naik berat badan. So sy ingat nak try jugak lah mkn ubat cacing, harap2 berkesan. Thanks for this entry, sgt2 helpful :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam :) hye awak.. good news for me now. just nak share.. ubat cacing tu takdek lah memberi efek sangat pada pertambahan berat badan. sekarang ni saya consume Mutant Mass (susu protein) khas untuk weight gainer. alhamdulillah. berat yang tak pernah-pernah cecah 40kg dan constant dlm tempoh yg lama, sekarang berat saya makin bertambah and fixed kepada 40++ :D yang penting, usaha ^_^ chaiyok Nurul !

      Delete
    2. awak mutant mass tu ade jual kat mane ye?? lama tak proses nak dapat berat badan ideal lepas try mutant mass tu ??

      Delete
    3. ada jual kat kedai muscle factory awak :) sorry for late reply

      Delete
  5. Salam...saya nak tanya...skrg ni berat bdn dh naik ke??? Pakai apa sbb sy ni..berat 32kg je n tggi 153cm. Kurus sgt2. Terlalu kurus. Umur dah 20. Sy ni klu x mkn sikit je pun dah effect turun berat bdn. Saya tension sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah berat naik tapi kena betul2 constant minum. Adik boleh try tanye konsultan kedai kesihatan tu untuk proper prescription :) Saya sekarang ni berat 40+ tinggi 155cm :)

      Delete
  6. Nak cuba jugak la...saya berat 32 je..ktinggian pon 143..umo 24!!! Huhu sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.. Aufatim izwan awak try ke.. Ok x berat awakk... Zxaatyzoti... Berat Sekarang berapa.. Still minum ke

      Delete
    2. Hi unknown ! Saya dah stop minum sebab saya dah dapat berat badan yg ideal untuk tinggi saya. I'm 46 kg right now. But still kena consume banyak carbohidrates sbb berat saya senang susut if tak ckup makan :'D

      Delete
  7. alahai..ciannya adik kita ni.. sama kes macam kakak sy..skrg alhamdulillah dh naik beratnya n mantain je lepas guna b-comp,mealshakes n vitalea. nk tau lanjut contact saya 012 9840904
    permataanugerah.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. saya pun kurus, tinggi 150, berat 35kg ke bwah.. nurse ckp saya cacat!! tpi mmg kurus sgt, smpai sy kena pnggil tulang, keding, tmbah lgi dgn fizikal yg kcil.. tpi, skrg, berisi dha skit smenjak mkan b complex..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah in future nak try jugaklah b-complex. hehehe

      Delete
    2. Dalam tempoh berapa lama baru berat badan naik lepas makan b complex tu ye?

      Delete
  9. Nampaknya post ni berjaya kumpulkan orang underweight sedunia. I know how it feels TT^TT Tak habis-habis dgn ayat kahwin tu =.=
    Saya ni berat tak pernah nak lepas 40 kg, sejak darjah 6 sampai sekarang, dah form 5. Pastu jarang buang air besar. Seminggu sekali je buang. Takuuut huhuhu. Akak pun sama jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alololo.. akak dari form 1 ke form 5 dlu berat dlm range 35-37kg je sayang. kalau jarang buang air besar, maybe ada masalah usus kotor. boleh try minum air aloe vera dgn greentea. akak pernah consume 2 jenis air tu nak bersihkan usus :) kite taktau usus kita maybe kotor sbb berbelas tahun makan macam2

      Delete
  10. betul2..nk mkn apa2 supplement mesti kena detox dulu..usus bersih memudahkn penyerapan vitamin n zat.baru berkesan

    ReplyDelete
  11. Haa..samalah. akak dah kawin anak sorang. Berat 34kg tinggi 150. Masa anak dara berat 35 je memanjang. Kawin naik berat tu dusta semata2..hahaha..sekarang akak makan mealshake. Moga berhasil.

    ReplyDelete
  12. Assalam..saya just nak share pengalaman...dari umur 16 hingga 29 tahun..berat sy tak penah cecah 40 kg...37 hingga 38kg jer...bermacam2 suplement untuk gemuk sy dah mkan dengan duit dah abis beribu2....tp rezeki nak gemuk belum menyebelahi...sebelum blan puasa baru ni ada kawan syor vitamin ni...saya start mkan bulan puasa...makan sangatlah selera...lpas tu bdan dah naik slow2.muka pun dah tembam..sekarang dah 49 kg.alhamdulillah..produk ni nama yuyuen vitamin...Fb dia yuyuen othman...no hp die 0127967335. trylah sape yang nak berisi..mana tau dengan izin Allah berat naik pasni.amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo free, blh kite share2 kalo x keberatan norida Norida.. Sb sy teringin sgt nk naikkn berat bdn mcm uolls gk..

      Delete
  13. Hi, sy pun kurus. Berat sy dr 38kg dh trun mendadak xtau kenapa. Skrg berat 33kg tggi 150. Sy nk berat 40+ :( period pun smpai x menentu je hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi ! :D maybe awak boleh try consume supplemen mcm vit B complex but makesure consult dgn doctor or pharmacist dulu

      Delete
  14. Kerana underweight sy berada di sini, ada x boleh cadangkan susu or suppliment untuk gemuk. Sy berat 38kg tinggi 151cm... tlg sangat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi ! :D You can try consume susu protein but with proper consultation. takpun makan dengan kerap which means, dari mkn 3 meals sehari (breakfast,lunch, dinner) add on makan breakfast, in between breakfast n lunch hour, lunch, tea time, dinner and supper. supper boleh makan cereal + milk

      Delete
  15. Hi! Saya pun dalam kategori underweight.berat 38kg tinggi 152cm.saya xpasti pernah atau tidak pernah makan ubat cacing.sekarang umur dh 22 tahun.baru terfikir nak ambil ubat cacing.

    ReplyDelete
  16. Hi!saya pun kategori underweight.berat 38kg tinggi 152cm.teringin jugak nak tambahkan beat badan 40+.saya tak pasti pernah atau tidak makan ubat cacing.sekarang dah 22 tahun,baru sedar kena makan ubat cacing.

    ReplyDelete
  17. Boleh try b-complex dan esp.. tapi selalu sy dngar masalah org nk kuruskn bdn. Baru kali ni baca ada juga cari utk naik berat badan

    ReplyDelete
  18. Hi! Mana awak beli supplement mutant mass tu ye? Dkt subang parade apa nama kedai tu ya? Dan berapa harga? Seriously nak tahu sgt sbb berat sy skrg 33kg je ��

    ReplyDelete

Mari tinggalkan respon andaa :)