Sunday 28 April 2019

Ectopic Pregnancy - Bukan rezeki kami kali ni :)

Alhamdulillah, cukup seminggu lepas operate due to left leaking ectopic pregnancy (mengandung luar rahim). Semalam baru balik rumah sendiri lepas bertapa kat rumah Mader since discharged dari hospital haritu.

Hmm.. Tiba-tiba rasa sedih masa menaip ni. First pregnancy tapi bukan rezeki aku nak jadi Ibu lagi..Allah bagi aku rasa happy 4 hari je. Baby dah 5 weeks 4 days dah tapi Allah bagi pinjam sekejap je rasa bahagia tu. Tapi takpelah, aku percaya bukan rezeki aku kali ni and aku still nak share story pasal ectopic pregnancy ni. 

Al kisahnya, aku sendiri pun taktau aku kena ectopic pregnancy. And aku taktau pun aku pregnant at first. Expected period date 16/4/2019 and biasanya terawal atau terlambat sehari je. Tapi kali ni 3 hari lambat and aku dapat rasa dah aku macam pregnant sebabnya 2-3 weeks before, aku dah start makan banyak. Biasanya memang aku jenis cepat lapar tapi kali ni sejam lepas lunch aku jadi lapar balik. Kerap sakit kepala. Pastu if aku tak makan cepat2 within one hour lepas aku start rasa lapar balik tu, terus gastrik hokayy. haihh.. Then cepat penat, cepat rasa nak marah. Tapi aku rileks je lagi sampailah hari ketiga lewat period tu which is on 18/4/19, hari Khamis. Pagi bangun tidur tu aku terus check UPT and it's positive, excited gila masa tu sebab at last pregnant jugak lepas 9 bulan kahwin hehehehe.. Keluar dua line tapi tak jelas sangat so I keep it to myself la. Aku tak bgtau husband pun sebab takut if UPT tu tak accurate. Aku decide nak tunggu ngam seminggu lambat period baru nak check balik kat klinik. So aku pergi kerja cam biasa pagi tu. 

It's positive :)

  Dah petang sikit around 3pm camtu, aku tetibe start rasa sakit kat part belah kiri, Rasa macam senggugut tapi kali ni lagi sakit sebab macam mencucuk2 gitu. Dia on off. Kejap sakit kejap tak. Sumpah aku ingat normal sebab baby baru develop kan. So aku biar je wei :( Sampailah esoknya (Jumaat), sakit tu macam makin kerap. Aku sempat vacuum rumah lagi lepas balik kerja. Disebabkan aku ni tak pandai nak menipu laki aku, aku pun bgtau la dia yang UPT test aku positive.. tersengih2 dia masetu tapi dia kata dia dapat agak dah sebab selera aku lain macam hahaha. Borak2, lepastu laki aku dah berangan macam2, there and then aku start rasa sakit balik. Sempat jugakla aku mengadu kat laki aku sampailah dia perasan kat seluar aku ada darah. Bila aku check, macam ada spotting sikit. Tapi macam biasalah, aku ingat NORMAL lagi sebab dari pembacaan aku, banyak yang cakap spotting at early stage of pregnancy is normal.

Sabtu pagi aku balik Raub, sempat mandi sungai lagi wei. Laki aku lah dok jaga aku berjalan semua., risau katanya kot jatuh ke :) Tak lekang dari mulut dia,"Elok-elok" dengan nada cute yang dibuat-buat tu..hahahaha. 

Episod derita aku start petang Sabtu tu around 6pm camtu. Lepas balik dari sungai tengah hari tu, memang dah start rasa sakit. Aku tidur jap lepas dah sapu minyak panas kat pinggang sebab kali ni dia tangkap sampai pinggang wei. Bangun tidur sakit tak hilang. Lepas mandi pun still sakit. Time dinner pun sakit. Kenapalah aku tak terus pergi klinik masetu :(

Ahad pagi masih sakit and aku keep on cakap sakit kat laki aku. Dia pun naik risau dah. Kitorang decide nak gerak balik Bandar Saujana Putra lepas zohor sebab aku dah tak larat masetu. Sepanjang dalam kereta, aku mampu baring je kat seat. Sambil2 tu aku gigih google kenapa sakit kat belah kiri ni. And sad news, aku memang terjumpa article and blog mommies2 yang share pasal ectopic pregnancy. Tiba2 aku jadi takut. Takut kalau sakit aku ni sebenanrnya sebab ectopic tu. 

Sampai BSP, aku tak tahan dah so aku cakap kat laki aku, aku nk pi klinik jumpa doc. Dah cerita semua kat doc, doc pun scan bawah perut. Gigih dia scan nak cari kantung baby tapi takde :( Sumpah aku risau gila dah.. Berpeluh2 dah masetu.Then doc terus cakap,"Puan, saya bukan nak takutkan puan tapi kita tak jumpa kantung baby. So, saya suspect puan mungkin kena ectopic pregnancy. Better kita refer hospital terus untuk second opinion. Saya buatkan surat refer. Puan pergi harini ye. Jangan tunggu esok." Doc pun cuak sebab bila dia tanya aku kalau 1-10, 10 paling sakit, aku cakap sakit aku kat nombor 8. Memang nampak aku boleh jalan tapi sakit wei kat dalam. Aku gigihkan jugak berjalan.

Aku speechless gila masetu. Muka laki aku jangan cakap la, berubah terus. Lepas dapat surat, kitorang terus gerak pergi Hospital Serdang. Dah register kat ER separa kritikal, aku terus masuk dalam tggu turn. Sian laki aku mereput kat luar sorg2. 

Tunggu punya tunggu, doc buat scan lagi sekali. And memang betul takde kantung baby so dia buat UPT and memang betul pun aku pregnant, 5 weeks 4 days. Then aku jalan kaki ni pergi dewan bersalin even tengah sakit. Sampai sana doc tanya aku semua simptom ape semua, aku tukar kain pink and tggu turn untuk vagina scan.

Cute sangat kain kaler pink. Masa ni rilek je lagi. Doc gynae siap cakap, awak sakit kan tapi boleh jalan lagi eh. 

 Dorang amek sample vagina then doc gynae buat vagina scan tu. Doc Bija namanya. Lembut sangat doc tu. Sambil2 dia scan tu, aku join tgk screen tu sekali. Dia kata rahim sihat, tube kanan okay, tapi kantung baby takde. So bila aku cakap aku sakit belah kiri, dia scan and dia nampak ada cyst 2cm. So dia suspect cyst tu yg block baby dalam fallopian tube and possibility aku utk ada ectopic pregnancy is high. Dia cakap no choice, terpaksa buat laparoscopy so that boleh tengok keadaan yang sebenar kat dalam tu. If betul tube dah pecah, dorg akan tebuk dua lubang. If bleeding teruk, dorg akan buat open cut macam czer. fuhhh dlm hati mintak jauh la open cut czer tu. Aku pun macam, emm..okaylah doc. Whichever yang elok utk saya, doc proceed jelah sbb sakit sangat. So dorang terus prepare kan aku utk operation. Part paling tak best, kena pakai urine bag. Allah, tak puas rasa nk buang air tu. haihh..

Then Doc Bija panggil husband aku, explain semua. Masuklah dia dalam bilik scan tu. Risau muka nya.. Pastu tetiba pulak dia nangis. Aku baru nak acah2 kental,sekali dia menangis dulu. Dia cakap dia tak expect sampai kena operate macam ni. Dia blame diri dia sebab tak bawak aku g jumpa doc cepat2 even aku dah mengadu sakit dari hari ape lagi ha. Sebaknya aku masa laki aku kabo gitu. Dia tak salah pun. Jenuh jgk nak pujuk dia. 

Mulanya kena tggu sbb dorg kata maybe masuk ward dulu. Tak sampai stengah jam, nurse datang terus kata okay puan, kita dah boleh masuk OT. Aku krik krik krik time tu. Macam tak percaya. Within 3 hours sampai hospital, now nk kena operate dah. Redho jelah masetu even aku takut sangat. Husband aku teman sampai depan OT tu. Lepastu aku sendu lah tunggu time nk kena operate. haihhh bercampur baur perasaan masa tu. 

First time masuk hospital sebab diri sendiri sakit, first time jugak kena masuk branula.
Dalam 9.30pm, hari Ahad 22/4/19, dorg bawak masuk OT. Lepas bagi ubat bius, seingat aku, 3 kali je aku sedut oksigen tu, lepastu aku tak sedar apa dah. Tahu2 dah kat luar. Lalok2. Pastu dengar bunyi mesin oksigen tu. Nak bukak mata pun tak lalu. Dalam pukul 12am camtu dorg nk pindahkan aku kat ward dah. Mase tukar katil tu aku dengar nurse2 tu cakap2. Nurse sorang tu tanya, open cut ke tebuk je. Sorang lagi jawab tebuk je. Ya Allah masetu bersyukur sangat dalam hati sebab tebuk je wei. Allahu.. Nurse pun kata kat aku, kalau tebuk cepat sembuh puan, jangan risau ye. Keluar je OT, nampaklah laki aku. Alahai, tetbe jadi sayu je. Rindu pun iye. Nasib baik nurse baik dia bagi laki aku teman kat ward dalam 30minit camtu. Laki aku cakap, Doc Bija kata masa buat laparoscopy tu sebenarnya bleeding aku dah teruk kat belah dalam, tube kiri dah pecah that's why aku rasa sakit sangat. And dorang terpaksa buang fallopian tube kiri aku sbb mmg tak dapat diselamatkan dah. Cyst pun dorg buang. Tube kanan sihat katanya and inshaAllah boleh pregnant lagi lepasni.

2 bag drip je. Nasib baik aku boleh bertahan sebab lepas dari lunch hari Sabtu tu aku memang tak makan apa sampai Ahad pagi.

Pagi esoknya baru aku sedar betul. Doc dgn nurse datang check and doc suruh try duduk. Ya rabbi, even tebuk pun, susahnya nak bangun :( Nasib nurse baik2 tolong papahkan. So duduklah sambil breakfast sambil mereput main phone sampai bateri habis. Hahahaha. Tunggu punya tunggu sampai terlelap nak tunggu waktu melawat tu.

Krik krik krik sendu kat ward

Pagi tu jugak, doctor2 dgn head dorg kot and doc2 pelatih round ward pergi setiap katil. Even head dorg tu doc chinese, tp doc tu sumpah nice gila. Dia explain in details apa jadi kat aku semua. Dia bagi recommendation, segala mcm motivation lah. Terubat sikit sedih ni cuma bila dia kata, you dah sekali kena ectopic pregnancy ni, chances to get it again is 10 times from normal people. Normal woman 1 in 100, but you now 1 in 10. So dia advice if ada rezeki lagi pregnant lepasni, cepat2 dtg check dgn doc utk confirmkan kantung baby kat mana so that if jadi lagi ectopic, boleh cegah awal.

Normal pregnancy vs Ectopic Pregnancy

Bila baby makin membesar, tube tu sifatnya memang tak boleh mengembang macam rahim, Dia halus je bak kata doc gynae tu. So that's why dalam kes aku, tube tu pecah sebab baby dah 5 weeks 4 days dah. If aku lambat pergi hospital, maybe akan jadi lagi teruk sampai boleh impact kat rahim.

Waktu melawat tengah hari tu laki aku datang bawak bubur mekdi. Sedapnya ya rabbi. hahahahah. Sempat jugak aku mintak tlg laki aku papahkan aku berdiri sebab aku nak kencing lepas dorg cabut urine bag tu. dah makan semua, dah habis waktu melawat, laki aku pun balik. Bila doc datang check luka semua, dia kata boleh discharged dah Isnin petang tu, aku punyalah happy. Baru duduk setengah hari pun dah sendu. 

So waktu melawat petang tu laki aku datang and bawak aku balik. Bagusnya nurse2 kat ward 6B Hospital Serdang ni, even bertukar2 nurse yang datang check temp dgn blood pressure, semua akan tanya, Puan dah try duduk? Puan dah minum? Dah makan? Puan ada try jalan tak? Puan dah buang air? Okay tak bila buang air tadi? Tanpa sedikit pun nada marah. Lembut2 semuanya. And nurse yang handle aku nk discharged tu 2-3 kali jugak dia pesan, nanti suruh husband you naik bawak wheelchair kat bawah tu tau. You tak boleh jalan jauh. You guys deserved my respect.

Then bermulalah episod cuti 2 minggu. Seminggu duduk rumah Mader. Mader ada datang malam masa aku operate tu tapi dah lewat so tak boleh masuk melawat. Aku dengan laki aku punyalah plan nak surprise kan family aku yang aku dah pregnant rupanya surprise jugak, tapi surprise yang macamni. Bukan rezeki aku dgn husband aku lagi, InshaAllah one fine day nanti. Aku tahu ni semua ujian daripada Allah lagi2 ni first pregnancy aku. Aku tahu yang Dia tahu apa yang terbaik untuk aku :') Aku tahu Mader risau sebab Mader pun pernah kena ectopic pregnancy sebelum adik aku lahir. 

Ramai yang bagi moral support kat aku. Officemates, kawan2, besties. Husband aku n Mader lah yang paling banyak bg motivation kat aku. Sepanjang seminggu tu, aku jadi sensitif sangat. Nak kena ada laki aku depan mata. Kalau tak, mesti nak nangis hahaha mengada kan.

Sebelum mengakhiri post ni, Khamis lepas (25/4/19), tetibe ada sudden bleeding kat bawah. Aku rileks je siap pakai pad lagi.. tapi Mader risau then ktorg pun pergi hospital. Dalam kereta tetibe sakit sangat. Sampai ER, doc yang handle aku pun kata nadi awak laju sangat ni. Sakit sangat ye. Sakit laaaa doc. Dia amek sample darah semua then dia bagi ubat tahan sakit which bagi aku high dose sebab sakit tu tetibe macam beransur hilang, Tak lama lepastu sementara nak tggu doc gynae, aku pergi toilet. Rupanya aku tahu dah sebab apa aku tetibe sakit and bleeding. Ada darah beku seketul besar keluar which is doc gynae consider as period lepas gugur sbb kalau pregnant, memang dinding rahim akan menebal utk fetus implantation. tapi now rahim aku tak ada baby nak menempel that's why dinding rahim tu gugur and keluar. Hmm sedihnya. Nasib baik tak kena warded.

Nasib baik duduk dengan Mader masa ni. Kalau duduk sorang, mana dan nye nak drive sendiri pi hospital heheh

Begitulah ceritanya.. So if korang pregnant and feels something is wrong, terus pergi check dekat doctor. Jangan bertangguh. And to you guys yang pernah merasai pengalaman yang sama macam aku, semoga murah rezeki kita nak timang anak sendiri. Semoga terus sihat dan gembira. InshaAllah, rezeki kita ada cuma lambat atau cepat je. Percaya dengan aturan-Nya.


Salam sayang daripada aku..Muahh cikedd :*

No comments:

Post a Comment

Mari tinggalkan respon andaa :)