Monday, 28 January 2013

Period pain yang terlalu menyakitkan !

PERIOD PAIN : IGAUAN NGERI SETIAP BULAN BAGI SEORANG PEREMPUAN.

Assalamualaikum yang membaca post kali ni.

Kenapa kali ni pasal Period Pain ? Atau nama lainnya Senggugut , atau nama saintifiknya Dysmenorrhea .
Aku just nak share info je pasal senggugut ni sebab aku tahu ramai gadis kat luar sure punya lah ada mengalami masalah ni tiap kali dorang period . Just be open okay . This is knowlegde . Perlu ambil tahu .

Certain girls akan dapat detect tanda-tanda dia nak period. Macam aku , 2-3 hari before nak period tu dah mula rasa sakit-sakit pinggang cam orang dah tua , then asyik nak marah aje , pastu mesti akan jadi sensitif and malas nak interact dengan orang. 

First day kena period , dan dan period terus senggugut . Perghh.. Bab ni wa memang tak boleh tolerate. Sakitnya, Ya Allah, Tuhan je yang tahu . Masa ni , haa nasib kaulah sesiapa yang cari pasal , kalau tak kena se-das kata laser dari mulut aku ni , paling tak pun kena tengking . Tu la perangai aku yang NORMAL di hari pertama period . 
* normal la sangat :P *
Dah hampir 7 tahun aku bergelumang dengan masalah senggugut ni since first time period zaman sekolah dulu.
Kadang-kadang terasa macam diri ni ada penyakit ke kan sampai senggugut jadi teruk sangat. Ada sekali tu sampai demam-demam ,siap pakej muntah-muntah lagi .

Oh ye,sepanjang aku kena senggugut, I never consume any relief pills cam ponstans or panadol pink tu. Mak wa dah warning awal-awal jangan biasa sangat makan ubat. Kata beliau, tahan aje -..-

Dari terus baca mende merepek apa aku taip ni (sebab tengah bendera Jepun la ni) , marilah baca info pasal senggugut ni .

Senggugut adalah kesakitan akibat daripada penguncupan dinding rahim ( oleh hormon Prostaglandin ) secara kuat yang bertujuan untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit  tisu daripada endometrium wall yang harus dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki seorang gadis remaja masih sempit. Penghasilan Prostaglandin secara berlebihan akan mengakibatkan mual-mual, cirit-birit, serta sakit kepala kepada si gadis. Mengikut satu sumber, kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah saluran pangkal rahim yang sempit yang menjadi punca senggugut. 

 Notes to guys, kalau buah hati tengah senggugut, janganlah dicabar emosinya. Kang korang tak expect apa dia nak buat. Unpredictable tau ! Understanding la sikit. Jangan kata dia mengada-ngada. Ce korang rasa senggugut tu dulu baru komen habatt kay ! 

Ni dia apa yang terjadi kat gadis tu if dia diserang senggugut :
  1. Cramp kat kawasan bawah perut.
  2. Mula moody tak memasal (sebab sakit la weh).
  3. Muka berkerut-kerut tahan sakit.
  4. Sakit pinggang teramat sangat.
  5. Pening kepala secara tiba-tiba.
  6. Lesu dan cepat penat.
  7. Mulalah memanjang je nak tidur.
  8. Terasa mual-mual.
  9. Tak banyak bercakap.
Aku kalau dah sakit teramat sangat, biasanya aku tidur aje seharian, then pakai losyen mustajab or counterpain, takpun tuam botol isi air panas kat perut. PERGHH, LEGA tau ! teringat roommate masa matrik dulu, lapik perut dengan kain batik, pastu gosok iron yang tengah ON atas kain tu. mak aih, terngange aku tengok ! hahaha

Then:
Senggugut primer atau 'primary dysmenorrhea' , disebabkan oleh penghasilan hormon 'prostaglandin' oleh badan. Kesakitan senggugut biasa ini dirasai akibat berlakunya pengecutan rahim yang luar biasa kuatnya. Senggugut primer kebiasaannya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Ini menunjukkan anda adalah subur. Senggugut primer boleh dirawat dengan 'ibuprofen' yang membantu menghalang penghasilan 'prostaglandin'. Dalam beberapa kes tertentu,ubat-ubatan yang mengandungi hormon boleh membantu. Senaman, nutrisi yang baik serta pengurangan tekanan juga merupakan beberapa amalan penting yang tidak harus dipandang ringan. 'Prostaglandin' yang terhasil didalam uterus menyebabkan otot-otot rahim mengecut dan membantu uterus menyingkirkan darah kotor yang terbentuk hasil daripada proses pengecutan sepanjang berlakunya haid. Terapi yang sesuai untuk mengurangkan senggugut jenis ini termasuklah memperbanyakkan rehat, pemilihan nutrien yang baik, melakukan senaman aerobik serta pengambilan kalsium yang secukupnya iaitu kira-kira 1000mg sehari. Turut membantu adalah dengan kira-kira 50mg dan 100mg vitamin B6 setiap hari. Manakala ubat-ubatan yang diambil itu mestilah bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran 'prostaglandin' dan perubahan hormon.

Primary Dyssmenorrhea ni mengakibatkan :
  • Kesakitan mula dirasai beberapa jam atau sejurus selepas diserang period.
  • Dua hari pertama adalah yang paling menyiksakan !
  • Kesakitan biasanya dirasai di belakang badan, peha, kaki dan bawah perut.
OPPSS,tak dapat teruskan typing. Tiba-tiba mula rasa nak muntah and pening sangat. Ni la padahnya time-time senggugut teruk nak jugak update blog. Next time sambung lagi ye. Rasa macam ASDFGHJKL ! !@#$%^&*()_+ BETULL ! ARGHH...........

salam.


No comments:

Post a Comment

Mari tinggalkan respon andaa :)