Thursday 13 October 2016

I AM OFFICIALLY GRADUATED !

Graduated on 26th September 2016





After few years of struggle in Universiti Malaysia Kelantan (Jeli Campus), akhirnyaaa seorang Nur Ezati Azhar berjaya menamatkan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian) dengan Kepujian.

Ya Allah, alhamdulillah sangat2 semuanya berakhir dengan jaya. Time pakai robe tu then berarak masuk dalam ballroom, sumpah rasa bercampur baur. Cam tak percaya aku dah habis belajar. Susah payah selama 4 tahun ni berbaloi bila I got my degree scroll. And yeah, I cried coz I knew I made it this far. 

Masa tunggu turn nak naik pentas tu, mula lah terimbau2 zaman belajar. Lagi2 bila ingat part fyp. Pehhh. memang aku bersyukur aku waras lagi sebab time fyp tu la rasa nak give up, rasa nak jadi gila semua. Punyalah risau kalau tak lulus hahahaha. Tapi, alhamdulillah semua went well. Industrial training pun okay, banyak great experiences and exposures yg aku dapat sepanjang 4 bulan intern tu.

Thank you so much to my backbones a.k.a loyal supporters; Mak, Abah and of cos my Encik Bubu. Encik Bubu pun datang on my convo day tauuuu. hahaha I am a happy women. 

Sebelum masuk ballroom

End of graduation ceremony. Thank you so much ! I love you both !!

Here's my Encik Bubu. Datang dengan penuh bergaya bawak a bouquet of fresh roses
She's been there for me through ups and downs after Ayah left us. 

Family picture
Obses dengan achievement sendiri. Hahahaha

Tak sempat nak bergambor dengan yang lain
Tingginya seorang Aceraapppp
Banyak lagi nak bebel sebenarnya but its okay, still dalam memori lagi semua ni. And bila teringat balik, I will smile sorang2 and rasa bahagia sangat dengan kegembiraan yang aku dapat setakat ni. Semoga perjalanan hidup tak berhenti setakat ni je. In sha Allah, I will keep improving myself to be a better person. To those yg still struggle in your study, believe me, you will feel relieve, puas hati and lega, happy semua laaaa once you dah graduate. Still, keep on learning. Don't afraid to learn something new which is not only related to your graduated course okay ! :D

Lots of love from me, Zxaaty Zoti

Thursday 26 May 2016

CHAPTER CAFÉ, KOTA BHARU, KELANTAN



Food hunting yang ni tak dirancang. Dah berbulan dah pun sebenarnya.. Baru harini sempat nak post..hahahha.. Al kisahnya kitorang dari Besut, hantar Rara balik sebab atuknya meninggal (Al-fatihah).. So, tidur semalamam kat rumah Rara, esoknya tu nak gerak balik yuyemkay jugak sebab pukul 11.30pg ada midterm Hydrology. Punyalah kitorang rushing sebab takut tak sempat sampai. Dan2 masuk je Machang, kat group whatsapp cakap midterm CANCELLLLL ! arghh. Suka suka gak tapi stress jugak sebab kitorang dah masuk Machang. Kalau dapat tahu awal, memang kitorang merayap dulu kat Besut. Hahahah.
So bila dah cancel, duk la bincang dalam kereta nak balik yuyemkay terus ke cemane ke nak g memane. Hani pun cakap tanaaaak balik yuyemkay. Hahahah. Makanya kita cari tempat makan la sebab perut pun dah laperrrr.
Google punya google, Hani ajak g cari Chapter Café. Okay ! Terus pergi tanpa ragu-ragu. Dah la memasing berjubah sebab tak bawak baju lebih g Besut tu. Wakakakakaka.
Kat bawah ni aku siap bagi alamat kot korang cari tak jumpa.

 
Chapter Café ni macam tersorok sikit. So kena besarkan mata. Tapi dia betul2 tepi jalan kat roundabout kecik. Nasib baik bukak masa kitorang sampai tuu

 

Kau tengok kat belakang tuu, budak sekolah pun dah pandai lepak cafe hipster. ni spesis2 adik aku la ni hahahaha

 


Kitorang tak pasti lah pulak time kitorang sampai tu dorang baru bukak kedai ke ape sebab dessert takde pun kat fridge dorang. And dalam menu, dorang bagitau pasta and chicken chop je available waktu tu. Tapi kitorang tak kesah. Order je.
Kitorang order signature dishes Chapter Café. Aku dengan Capaaa order Chicken Chop with Mushroom Sauce & Black Pepper. Hani Seafood Spagetti Bolognese, Asilah order Carbonara.


c
Haaaaa ni yang nak cerita. Kau Nampak ayam tu mcm kecik kan? Tapi besar dan tebal sebenarnya. Banyak isi weh. Dia serve dengan wedges skali. Eemmm dap ngatt !
cikmerahzxaaty.blogspot.com



Seafood Spagetti Bolognese Hani (sebelah kiri) banyak gilaa wehh. Ade lala sekali, freshhh kay. Sebab banyak sangat, Hani dok suap kitorang je nak suh habiskan cepat. Tapi sedap lah. Carbonara Asilah pun banyak sebenarnya. Lemak berkrim pulak tuu. Emm. Perut aku bunyi bunyi pulak masa taip ni.
Sebab dessert takde, tak dapat nak merasa kesedapan dessert dorang. Next time maybe? Hahaha. Yang bestnya kat sini, price range untuk yg kitorang makan ni semua bawah RM16. Chicken chop RM15.90, Bolognese dengan Carbonara pun RM14.90 je. Kau rasa mahal? Aku rasa berbaloi. Sebab portion dia banyak. Puas makan kalau kau tengah kebulur. Aku, Capaaa and Hani sepakat Chapter Café lagi berbaloi dan mengenyangkan dari Bold Lab Cafe hehehe



 In conclusion (lols), bagi kitorang, Chapter Café sangatlah memuaskan hati. Muehehe. So, kalau yang nak g café hipster area KB, you guys should give a try here. Saya bagi 4 bintanggggg !
Okaylah, tu je. Babai uolsss muahh cikedd (eeee geli)


Thursday 21 April 2016

RESIPI CHEESEKUT MUDAH !

Disebabkan seorang Ezati sangatlah bosan kat ofis sebab harini takde kerja langsung, maka beliau pun mengambil inisiatif untuk mengisi masa lapangnya dengan meng-update blog.

So, harini iols nak share resipi cheesekut dengan uolss semuaa.. ketinggalan gila sebab ramai dah tahu cara buat cheesekut, tapi aku baru tahu buat cheesekut tahun 2016. hahahaha gelak kat diri sendiri. ahh peduli. asalkan aku dapat jimatkan duit aku untuk sebekas segiempat cheesekut yg berharga rm5 - rm6 dengan cara buat sendiri. lagi puas hati.

Jom laaa kita tengok bahan-bahan yang perlu untuk buat cheesekut ni :)




Bahan-bahan yang diperlukan buat cheesekut ni adalah:
  1. Sepeket biskut Deluxe Crackers Hup Seng
  2. Setin susu pekat (tak kisah la jenama ape pun. nak beli yg murah2 pun boleh)
  3. Sekotak susu HL yang kecik tu (nak beli yg besar pun boleh. lebih buat minum..jgn beli perasa coklat pulak)
  4. 250g (satu tiub kecik) cream cheese Tatura
  5. Nestum (Nesvita) better yg honey punya lagi sedap. Elakkan guna peket 3in1 tu hahaha
  6. Bekas tupperware untuk buat cheesekut. Aku guna bekas plastik petak2 segiempat tepat yg jernih tu. Bahan-bahan ni cukup untuk 4 bekas tupperware tu sebab satu layer aku letak 6 keping biskut.

Cara nak buat? Kau sabajap. Aku nak taip la ni...

  1. Campurkan 250g cream cheese Tatura dengan setin susu pekat dalam mixer bowl. Pastu kau mix sampai kembang. Kembang tu cemane? Kembang tu bila adunan jadi warna putih. Pastu aku tambah dalam 3-4 sudu besar susu HL tu. Saje. Nak bagi adunan tu lelemak sikit. Oh ye, kalau tanak manis sangat, aku syorkan guna 3/4 je susu pekat tu. Kang manis2 kena potong kaki
  2. Dalam satu mangkuk yang lain, tuang susu kotak HL tu.
  3. Susun tupperware depan korang 
  4. Okay, letak satu senduk (senduk yg kecik pun takpe) adunan cream cheese dgn susu tadi dalam setiap bekas tu. satu bekas satu senduk. biasa org tak letak. tapi aku letak sbb tanak base bawah tu kering.
  5. Lepas dah letak satu senduk adunan tu, susun biskut yang dah dicelup dalam susu HL tadi tu. jangan celup lama sangat, nanti lembik biskut kau. Kau boleh kira sampai 5 pastu terus susun dalam bekas tu. 
    Yang putih tu cream cheese + susu. Nampak macam cair kan? Padahal pekat gak
  6. Dah susun biskut, tuang lagi satu senduk adunan tu. Pastu tabur nestum tu. Jangan tebal sangat nestum tu. Tabur just nice je. Ikut kata hati.
  7. Lepastu korang buat balik step 6 tu sampai 3 layer. Biskut > Cream Cheese > Nestum. Layer paling atas nestum. layer atas tu kalau nk letak cream cheese dgn nestum lebih sikit pun takpe
  8. Pastu, simpan la dalam peti ais. Sebelum simpan tu kalau nak tangkap gambar dulu pun takpe. hahahah LOL
  9. Makan sejuk2 sedappp.


Haaaa senang kan? Senang je. Tinggal kau rajin atau malas je nak buat. hahaha. mcm gambar kat atas ni, aku double kan bahan2 dia sebab nak buat 9 bekas cheesekut. Kawan2 adik aku la ni order. padahal aku buat mule2 tu sbb nak makan sendiri je.

Tapi mmg puas hati la weh. Bekas cam aku guna tu kira sekali ganda besar dari bekas yg biase org jual tu. Kira2 modal, dalam RM20 je untuk dapat 4 bekas besar tu. JIMATTT HOKAYYY hahahahaha. aku faham jgk lah kenapa org jual mahal even bekas kecik. sebabnya cream cheese tu mahal. first aku beli 250g dalam 7 ringgit lebih. 2nd beli yg 500g punye RM14. hahaha tersedak masa aku tengok harga. tapi okay la..rasa dia sedap.

SO, tu jela aku nak share. hahahaha sebab resipi ni je paling simple. kepada yang baru nak buat tu, GOOD LUCK ! 

Friday 19 February 2016

BOLD LAB CAFÉ, KOTA BHARU, KELANTAN

Kali ni nak share trip food hunting pergi Bold Lab Café. Ni sem 7 punya aktiviti. Dah last sem kat yuyemkay baru nak food hunting bagai. Hahahaha. Kebetulan Wanie baru habis belajar kat UMS, so dia balik Kelantan dapatlah jumpa lepas bertahun tak jumpa.

Bold Lab Café ni kira hipster café la kat Kelate ni. Haaaa ingat kat Selangor je banyak hipster café? Muahahaha. Sebelum datang sini, kitorang pergi minum teh tarik madu yang buih2 tu kat area kb gak and makan maggi tiram skali kat Bachok (malam tu aku sakit perut, muntah2 sebab perut tak boleh ngam dengan tiram hahaha)


So, mari kita tengokk apa yg besttt kat Bold Lab Café ni J

Wanieeee si kedinggg dan strawberry waffle hahaha
Nampak tak bekas kecik depan gelas tu? Tu blueberry cheesecake yg Capaaa order hehe

Wanaaaaa dan ape tah nama benda ni. Lupa. Tapi dia macam Shibuya Toast kat Maraschino Rantau Panjang 

Wanaaaa & Capaaa

Coffee Latte Wanieee

Ezatiii dan Iced Chocolate-nya

Ni yang aku order, Pancake. 5 lapis woi. Aku mampu makan ¾ je dari whole pancake ni. Serius kenyang. Tapi sedap weh. Tak tipu. Cuma, maybe Bold Lab Café boleh bagi syrup tu lebih kot sebab tak cukup banyak tu. hahaha

Sebelum habis, nak belanja gambar kat Pantai Senok, Bachok lepas makan maggi tiram dekat area sana




Insekiyooo betul dapat kawan yg cantik-cantik ni hahaha

Soooo, tu jelah ceritanya. Hahahaha pendek je tapi gambar yang banyak. Maybe bukan the best review tapi boleh laaa sikit sikit bagi info hahahaha.
 Okayyy, post lepasni nak cerita pasal Chapter Café pulakkk. Kbaiiiii J






Wednesday 10 February 2016

HELLO KITTY GOURMET CAFÉ, SUNWAY PYRAMID



YAAAAAAAAAAAAAAAAAA! Sebenarnya dah lama pergi Hello Kitty Gourmet Café ni, betul betul seminggu lepas dorang officially open. Hahaha tapi baru sekarang berkesempatan nak update kat blog.

So, apa yang best kat sini?

HARUSLAAAAH SEMUA YANG BERKAITAN DENGAN HELLO KITTY !

Fyi, aku merupakan salah seorang peminat tegar Hello Kitty even aku ni dah 23 tahun. Kesah pulak aku dah 23 tahun pun nak minat Hello Kitty. Hahaha tapi tegarnya aku taklah sampai beli barang Hello Kitty yg harganya beratus-ratus tu.

(Location: Sebelah Kanan Sephora [dari arah luar], boleh nampak dari tepi jalan)
Erm. Belanja gambar dululah. Bagi peminat Hello Kitty rasa gerammm and tak sabar nak pergi café ni hehehe

Tisu pun ada gambar Hello Kitty !!


Mix Berry Crepe Cake

English Breakfast Tea

Banana Chocolate Milkshake


Seorang lelaki maskulin kena paksa masuk sini

Based on design, semuanya okay. Terlalu menarik sebab ada banyak Hello Kitty. To make you guys punya visit lagi memorable, better duduk kat tingkat atas sebab decoration dia lagi banyak. Hahaha. Kitorang duduk tingkat bawah je. Time nak balik baru naik atas jap semata nak selfie.

Disebabkan masa kitorang sampai tu dah agak tengahari, so yang dapat di-order cumalah drinks and cakes sahaja. Sebab terlalu ramai yg datang, dorang tak dapat nak serve main course plus takut customer lari sebab lambat serve. Takpelah, hakak redha asalkan dapat masuk dalam café ni. Next time pergi lagi. Bukan jauh pun Sunway Pyramid tu dengan rumah. 

Dari segi harga, erm.. agak mahal utk drinks and cakes. Kalau main course, harga  affordable lah based on price dalam menu. Tu macam pelik sikit dengan price range dia. Hehehe. Macam kek yg aku makan kat atas tu, tak silap dalam RM 25.90 kot per pieces. Banana Chocolate Milkshake tu RM18.90 camtu and English Breakfast Tea tu dalam RM12.90.. Haaaa tersedak jugaklah kan kek mahal sangat hahaha. TAPI, berbaloi la kot dengan harga tu. Kek dia bapaaakkk ah sedap. Milkshake dia pun pekat.

Seems café ni baru sangat operate masa tu, dia agak kelam kabut sikit lah hahaha staff dia ada yang okay, friendly sangat but ada sorang tu macam takde arah tuju bila amek order orang. Hahahaha

Thanks to the manager café kot yang offer nak tolong amekkan gambar. You deserve our respect sebab approach customer yang ada kat situ. Thumbs up for you Sir.

Bagi yang kata Hello Kitty Café ni sesuai untuk budak-budak, you’re totally wrong la sister brother. Bukannya ada mainan Hello Kitty pun dalam ni ha. It’s just about the decoration yang semuanya bertemakan Hello Kitty. So, anyone from all range of age boleh datang sini. Foods and drinks pun for all age. Bukan ada Hello Kitty candy semata-mata. Hahaha.

So that’s all for Hello Kitty Gourmet Café from me sebab tak sempat nak merasa main course dorang. Maybe next time boleh update lagi