Sunday, 28 April 2019

Ectopic Pregnancy - Bukan rezeki kami kali ni :)

Alhamdulillah, cukup seminggu lepas operate due to left leaking ectopic pregnancy (mengandung luar rahim). Semalam baru balik rumah sendiri lepas bertapa kat rumah Mader since discharged dari hospital haritu.

Hmm.. Tiba-tiba rasa sedih masa menaip ni. First pregnancy tapi bukan rezeki aku nak jadi Ibu lagi..Allah bagi aku rasa happy 4 hari je. Baby dah 5 weeks 4 days dah tapi Allah bagi pinjam sekejap je rasa bahagia tu. Tapi takpelah, aku percaya bukan rezeki aku kali ni and aku still nak share story pasal ectopic pregnancy ni. 

Al kisahnya, aku sendiri pun taktau aku kena ectopic pregnancy. And aku taktau pun aku pregnant at first. Expected period date 16/4/2019 and biasanya terawal atau terlambat sehari je. Tapi kali ni 3 hari lambat and aku dapat rasa dah aku macam pregnant sebabnya 2-3 weeks before, aku dah start makan banyak. Biasanya memang aku jenis cepat lapar tapi kali ni sejam lepas lunch aku jadi lapar balik. Kerap sakit kepala. Pastu if aku tak makan cepat2 within one hour lepas aku start rasa lapar balik tu, terus gastrik hokayy. haihh.. Then cepat penat, cepat rasa nak marah. Tapi aku rileks je lagi sampailah hari ketiga lewat period tu which is on 18/4/19, hari Khamis. Pagi bangun tidur tu aku terus check UPT and it's positive, excited gila masa tu sebab at last pregnant jugak lepas 9 bulan kahwin hehehehe.. Keluar dua line tapi tak jelas sangat so I keep it to myself la. Aku tak bgtau husband pun sebab takut if UPT tu tak accurate. Aku decide nak tunggu ngam seminggu lambat period baru nak check balik kat klinik. So aku pergi kerja cam biasa pagi tu. 

It's positive :)

  Dah petang sikit around 3pm camtu, aku tetibe start rasa sakit kat part belah kiri, Rasa macam senggugut tapi kali ni lagi sakit sebab macam mencucuk2 gitu. Dia on off. Kejap sakit kejap tak. Sumpah aku ingat normal sebab baby baru develop kan. So aku biar je wei :( Sampailah esoknya (Jumaat), sakit tu macam makin kerap. Aku sempat vacuum rumah lagi lepas balik kerja. Disebabkan aku ni tak pandai nak menipu laki aku, aku pun bgtau la dia yang UPT test aku positive.. tersengih2 dia masetu tapi dia kata dia dapat agak dah sebab selera aku lain macam hahaha. Borak2, lepastu laki aku dah berangan macam2, there and then aku start rasa sakit balik. Sempat jugakla aku mengadu kat laki aku sampailah dia perasan kat seluar aku ada darah. Bila aku check, macam ada spotting sikit. Tapi macam biasalah, aku ingat NORMAL lagi sebab dari pembacaan aku, banyak yang cakap spotting at early stage of pregnancy is normal.

Sabtu pagi aku balik Raub, sempat mandi sungai lagi wei. Laki aku lah dok jaga aku berjalan semua., risau katanya kot jatuh ke :) Tak lekang dari mulut dia,"Elok-elok" dengan nada cute yang dibuat-buat tu..hahahaha. 

Episod derita aku start petang Sabtu tu around 6pm camtu. Lepas balik dari sungai tengah hari tu, memang dah start rasa sakit. Aku tidur jap lepas dah sapu minyak panas kat pinggang sebab kali ni dia tangkap sampai pinggang wei. Bangun tidur sakit tak hilang. Lepas mandi pun still sakit. Time dinner pun sakit. Kenapalah aku tak terus pergi klinik masetu :(

Ahad pagi masih sakit and aku keep on cakap sakit kat laki aku. Dia pun naik risau dah. Kitorang decide nak gerak balik Bandar Saujana Putra lepas zohor sebab aku dah tak larat masetu. Sepanjang dalam kereta, aku mampu baring je kat seat. Sambil2 tu aku gigih google kenapa sakit kat belah kiri ni. And sad news, aku memang terjumpa article and blog mommies2 yang share pasal ectopic pregnancy. Tiba2 aku jadi takut. Takut kalau sakit aku ni sebenanrnya sebab ectopic tu. 

Sampai BSP, aku tak tahan dah so aku cakap kat laki aku, aku nk pi klinik jumpa doc. Dah cerita semua kat doc, doc pun scan bawah perut. Gigih dia scan nak cari kantung baby tapi takde :( Sumpah aku risau gila dah.. Berpeluh2 dah masetu.Then doc terus cakap,"Puan, saya bukan nak takutkan puan tapi kita tak jumpa kantung baby. So, saya suspect puan mungkin kena ectopic pregnancy. Better kita refer hospital terus untuk second opinion. Saya buatkan surat refer. Puan pergi harini ye. Jangan tunggu esok." Doc pun cuak sebab bila dia tanya aku kalau 1-10, 10 paling sakit, aku cakap sakit aku kat nombor 8. Memang nampak aku boleh jalan tapi sakit wei kat dalam. Aku gigihkan jugak berjalan.

Aku speechless gila masetu. Muka laki aku jangan cakap la, berubah terus. Lepas dapat surat, kitorang terus gerak pergi Hospital Serdang. Dah register kat ER separa kritikal, aku terus masuk dalam tggu turn. Sian laki aku mereput kat luar sorg2. 

Tunggu punya tunggu, doc buat scan lagi sekali. And memang betul takde kantung baby so dia buat UPT and memang betul pun aku pregnant, 5 weeks 4 days. Then aku jalan kaki ni pergi dewan bersalin even tengah sakit. Sampai sana doc tanya aku semua simptom ape semua, aku tukar kain pink and tggu turn untuk vagina scan.

Cute sangat kain kaler pink. Masa ni rilek je lagi. Doc gynae siap cakap, awak sakit kan tapi boleh jalan lagi eh. 

 Dorang amek sample vagina then doc gynae buat vagina scan tu. Doc Bija namanya. Lembut sangat doc tu. Sambil2 dia scan tu, aku join tgk screen tu sekali. Dia kata rahim sihat, tube kanan okay, tapi kantung baby takde. So bila aku cakap aku sakit belah kiri, dia scan and dia nampak ada cyst 2cm. So dia suspect cyst tu yg block baby dalam fallopian tube and possibility aku utk ada ectopic pregnancy is high. Dia cakap no choice, terpaksa buat laparoscopy so that boleh tengok keadaan yang sebenar kat dalam tu. If betul tube dah pecah, dorg akan tebuk dua lubang. If bleeding teruk, dorg akan buat open cut macam czer. fuhhh dlm hati mintak jauh la open cut czer tu. Aku pun macam, emm..okaylah doc. Whichever yang elok utk saya, doc proceed jelah sbb sakit sangat. So dorang terus prepare kan aku utk operation. Part paling tak best, kena pakai urine bag. Allah, tak puas rasa nk buang air tu. haihh..

Then Doc Bija panggil husband aku, explain semua. Masuklah dia dalam bilik scan tu. Risau muka nya.. Pastu tetiba pulak dia nangis. Aku baru nak acah2 kental,sekali dia menangis dulu. Dia cakap dia tak expect sampai kena operate macam ni. Dia blame diri dia sebab tak bawak aku g jumpa doc cepat2 even aku dah mengadu sakit dari hari ape lagi ha. Sebaknya aku masa laki aku kabo gitu. Dia tak salah pun. Jenuh jgk nak pujuk dia. 

Mulanya kena tggu sbb dorg kata maybe masuk ward dulu. Tak sampai stengah jam, nurse datang terus kata okay puan, kita dah boleh masuk OT. Aku krik krik krik time tu. Macam tak percaya. Within 3 hours sampai hospital, now nk kena operate dah. Redho jelah masetu even aku takut sangat. Husband aku teman sampai depan OT tu. Lepastu aku sendu lah tunggu time nk kena operate. haihhh bercampur baur perasaan masa tu. 

First time masuk hospital sebab diri sendiri sakit, first time jugak kena masuk branula.
Dalam 9.30pm, hari Ahad 22/4/19, dorg bawak masuk OT. Lepas bagi ubat bius, seingat aku, 3 kali je aku sedut oksigen tu, lepastu aku tak sedar apa dah. Tahu2 dah kat luar. Lalok2. Pastu dengar bunyi mesin oksigen tu. Nak bukak mata pun tak lalu. Dalam pukul 12am camtu dorg nk pindahkan aku kat ward dah. Mase tukar katil tu aku dengar nurse2 tu cakap2. Nurse sorang tu tanya, open cut ke tebuk je. Sorang lagi jawab tebuk je. Ya Allah masetu bersyukur sangat dalam hati sebab tebuk je wei. Allahu.. Nurse pun kata kat aku, kalau tebuk cepat sembuh puan, jangan risau ye. Keluar je OT, nampaklah laki aku. Alahai, tetbe jadi sayu je. Rindu pun iye. Nasib baik nurse baik dia bagi laki aku teman kat ward dalam 30minit camtu. Laki aku cakap, Doc Bija kata masa buat laparoscopy tu sebenarnya bleeding aku dah teruk kat belah dalam, tube kiri dah pecah that's why aku rasa sakit sangat. And dorang terpaksa buang fallopian tube kiri aku sbb mmg tak dapat diselamatkan dah. Cyst pun dorg buang. Tube kanan sihat katanya and inshaAllah boleh pregnant lagi lepasni.

2 bag drip je. Nasib baik aku boleh bertahan sebab lepas dari lunch hari Sabtu tu aku memang tak makan apa sampai Ahad pagi.

Pagi esoknya baru aku sedar betul. Doc dgn nurse datang check and doc suruh try duduk. Ya rabbi, even tebuk pun, susahnya nak bangun :( Nasib nurse baik2 tolong papahkan. So duduklah sambil breakfast sambil mereput main phone sampai bateri habis. Hahahaha. Tunggu punya tunggu sampai terlelap nak tunggu waktu melawat tu.

Krik krik krik sendu kat ward

Pagi tu jugak, doctor2 dgn head dorg kot and doc2 pelatih round ward pergi setiap katil. Even head dorg tu doc chinese, tp doc tu sumpah nice gila. Dia explain in details apa jadi kat aku semua. Dia bagi recommendation, segala mcm motivation lah. Terubat sikit sedih ni cuma bila dia kata, you dah sekali kena ectopic pregnancy ni, chances to get it again is 10 times from normal people. Normal woman 1 in 100, but you now 1 in 10. So dia advice if ada rezeki lagi pregnant lepasni, cepat2 dtg check dgn doc utk confirmkan kantung baby kat mana so that if jadi lagi ectopic, boleh cegah awal.

Normal pregnancy vs Ectopic Pregnancy

Bila baby makin membesar, tube tu sifatnya memang tak boleh mengembang macam rahim, Dia halus je bak kata doc gynae tu. So that's why dalam kes aku, tube tu pecah sebab baby dah 5 weeks 4 days dah. If aku lambat pergi hospital, maybe akan jadi lagi teruk sampai boleh impact kat rahim.

Waktu melawat tengah hari tu laki aku datang bawak bubur mekdi. Sedapnya ya rabbi. hahahahah. Sempat jugak aku mintak tlg laki aku papahkan aku berdiri sebab aku nak kencing lepas dorg cabut urine bag tu. dah makan semua, dah habis waktu melawat, laki aku pun balik. Bila doc datang check luka semua, dia kata boleh discharged dah Isnin petang tu, aku punyalah happy. Baru duduk setengah hari pun dah sendu. 

So waktu melawat petang tu laki aku datang and bawak aku balik. Bagusnya nurse2 kat ward 6B Hospital Serdang ni, even bertukar2 nurse yang datang check temp dgn blood pressure, semua akan tanya, Puan dah try duduk? Puan dah minum? Dah makan? Puan ada try jalan tak? Puan dah buang air? Okay tak bila buang air tadi? Tanpa sedikit pun nada marah. Lembut2 semuanya. And nurse yang handle aku nk discharged tu 2-3 kali jugak dia pesan, nanti suruh husband you naik bawak wheelchair kat bawah tu tau. You tak boleh jalan jauh. You guys deserved my respect.

Then bermulalah episod cuti 2 minggu. Seminggu duduk rumah Mader. Mader ada datang malam masa aku operate tu tapi dah lewat so tak boleh masuk melawat. Aku dengan laki aku punyalah plan nak surprise kan family aku yang aku dah pregnant rupanya surprise jugak, tapi surprise yang macamni. Bukan rezeki aku dgn husband aku lagi, InshaAllah one fine day nanti. Aku tahu ni semua ujian daripada Allah lagi2 ni first pregnancy aku. Aku tahu yang Dia tahu apa yang terbaik untuk aku :') Aku tahu Mader risau sebab Mader pun pernah kena ectopic pregnancy sebelum adik aku lahir. 

Ramai yang bagi moral support kat aku. Officemates, kawan2, besties. Husband aku n Mader lah yang paling banyak bg motivation kat aku. Sepanjang seminggu tu, aku jadi sensitif sangat. Nak kena ada laki aku depan mata. Kalau tak, mesti nak nangis hahaha mengada kan.

Sebelum mengakhiri post ni, Khamis lepas (25/4/19), tetibe ada sudden bleeding kat bawah. Aku rileks je siap pakai pad lagi.. tapi Mader risau then ktorg pun pergi hospital. Dalam kereta tetibe sakit sangat. Sampai ER, doc yang handle aku pun kata nadi awak laju sangat ni. Sakit sangat ye. Sakit laaaa doc. Dia amek sample darah semua then dia bagi ubat tahan sakit which bagi aku high dose sebab sakit tu tetibe macam beransur hilang, Tak lama lepastu sementara nak tggu doc gynae, aku pergi toilet. Rupanya aku tahu dah sebab apa aku tetibe sakit and bleeding. Ada darah beku seketul besar keluar which is doc gynae consider as period lepas gugur sbb kalau pregnant, memang dinding rahim akan menebal utk fetus implantation. tapi now rahim aku tak ada baby nak menempel that's why dinding rahim tu gugur and keluar. Hmm sedihnya. Nasib baik tak kena warded.

Nasib baik duduk dengan Mader masa ni. Kalau duduk sorang, mana dan nye nak drive sendiri pi hospital heheh

Begitulah ceritanya.. So if korang pregnant and feels something is wrong, terus pergi check dekat doctor. Jangan bertangguh. And to you guys yang pernah merasai pengalaman yang sama macam aku, semoga murah rezeki kita nak timang anak sendiri. Semoga terus sihat dan gembira. InshaAllah, rezeki kita ada cuma lambat atau cepat je. Percaya dengan aturan-Nya.


Salam sayang daripada aku..Muahh cikedd :*

Saturday, 16 March 2019

TRIP TO KRABI 2019

Yuhuuuuuu ! Lama dah tak update blog den ni ha. Last post 21 Jan 2018, kau ghaseeee?

Okaylah2, kali ni post entry baru pun sebab nak share dengan chuols on my trip to Krabi baru2 ni (March 2019). Selalu tengok orang lain pergi, kali ni alhamdulillah rezeki aku dgn laki aku dapat pergi sana pulak.

Trip ni takdelah trip bajet sangat sbb ktorang mmg nk have fun. Takde nak kedekut sangat. As long as perbelanjaan ktorg still under bajet, ktorg okay sajo. So, mari mulakan pembacaan anda kot2 dah ada plan nak pi Krabi in the next few weeks or month :)

*Aku terus plot in table bawah ni utk reference korang okay !


Itinerary
RM
THB
Remarks
Flight Ticket (Return)
566.00
Flight: KUL - KBV RM 78.40/pax, KBV - KUL RM 83.60/pax *kitorang add on promo masa tu sebab saja mengada-ngada nak makan bagai dalam flight :)
Tukar duit Baht
1,386.00
10,500.00
Masa tukar ni 4 days before flight so rate dia 100Baht=RM13.20. Kitorang cakap nak tukar berapa ribu baht instead of cakap nak tukar berapa RM. 
Arrived at Krabi Day 1- 10/03/2019
Van from airport to hotel
26.40
200.00
At first ktorg nak sewa taxi tapi bila fikir balik macam membazir, so ktorg decide naik van jelah jimat. If korg nak naik taxi, standard rate airport to Krabi Town 350baht. Ada dua kedai utk transportation yg korg akan nampak masa turun escalator nk amek baggage korg.
Island hopping package (Hong Island Package by speed boat - Lading Island, Pakbia Island, Hong Lagoon & Hong Island) Guide M Travel and Tour - aku terus   beli utk pergi esoknya
343.20
2,600.00
Aku terus beli island hopping package kat airport sbb malas nak fikir nak cari kat town bagai. So kebetulan ada satu kedai ni, and kakak tu greet aku in bahasa so senang la nk cakap dgn dia haha. Kalau turun escalator tu, dia belah kiri. Lot kedai paling first kat lorong tu. Aku memang nk Hong Island sbb dah google dari awal lagi, so kakak tu offer aku 1300 baht/pax incl hotel transfer pergi balik, lunch dgn National Park Fees sbb Hong Island tu dia termasuk kat area National Park. Fee ni wajib bayar tau whenever korang visit National Park kat sana. Aku bayar depo 1000baht, balance aku bayar masa sampai kat Ao Nang before start island hopping tu.
Hotel LE ANDA KRABI 4D3N Incl 3x breakfast for 2 pax, bilik ada veranda
269.28
2,040.00
Hotel ni dalam 15mins dari airport & 10 mins ke Krabi Town. Sendu sikit tempat dia tapi ktorg suka sbb sunyi, senyap je. Takde bising2 pun. So aku terus bayar lump sum 2040 baht. Aku booked through Booking.com. If korang nak 10% back after korg stay tu, boleh guna link ni https://www.booking.com/s/35_6/nur0ez24
Sewa scooter kat hotel
33.00
250.00
Ktorg tersampai awal hahaha so masa sampai hotel, bilik tak siap lagi. Nasib baik hotel ada provide scooter sewa so ktorg drop bag semua then sewa scooter nak g jenjalans dulu. Nanti dorg akan simpan satu passport korang tapi dia bagi korang yg photocopy punya so that kalau ada polis tahan ke at least ada benda nya nak tunjuk.
Isi minyak
5.28
40.00
Kitorang drop by kat stesyen minyak sbb minyak motor mmg kosong. Isi 40 baht je sbb minyak kat sana mahal wei. Seliter 4 ringgit lebih hahaha. Bersyukur lah duduk kat Malaysia okay !
Beli Simcard True Move H 1.5GB 
13.00
199.00
Ktorg tak sempat beli simcard kat airport sbb van tu rushing pulakkk.. So terpaksa pergi 7E kat area hotel then beli sim lepastu topup utk beli internet. Beli kat airport lg mudah sbb kat sana mmg dah ada traveller package. Biasa org beli Happy Sim.
Lunch kat Krabi Downtown
13.20
100.00
Ktorg berhenti kat Downtown Krabi, dekat je dgn lokasi Night Market tp downtown ni mcm pasar pagi, jual2 buah camtu. Masa sampai tu dah pkul 1.30 camtu. Jalan2 dalam tu terjumpa satu kedai makan muslim ni ada nasi campur, dua lauk + nasi 50 baht je. Ktorg pun ape lagi, makan jela kat situ. 
Jalan-jalan dalam Vogue Dept Store
-
-
Ktorg saja jalan2 dalam store ni sbb kat luar masetu panas baqhanggg sampai rasa mcm kulit muka ni nak mencair dah. Lepastu ktorg terus balik hotel, check in dan rehat2
Krabi Night Market
48.84
370.00
Ktorg sampai sini around 6pm camtu. Dinasihatkan korg dtg masa dia start bukak which around 6pm tu jgk. Sebabnya makin malam makin ramai org. Rimas wei sampai berlaga2 la cerita dia. Aku tak galakkan korg beli makanan kat sni sbb tak diyakini halal lagi2 mcm sosej2, ayam goreng ke. Daging oink2 bersepah2 dijual. So aku just beli kerabu suun (80baht) dgn pulut mangga (60 baht, sumpahhhh sedappp), laki aku beli sushi telur ikan dgn apetah (50baht 5 biji). Then ktorg beli souvenirs sikit which is pencil box macam tu, dapat 2 peket, 1 for 90baht. Kat situ kena pandai cari yang murah. Tapi byk souvenirs unik yg dorg jual kat sana.(Souvenirs aku beli kat Fossil Shell Beach, serious murah n berbaloi)
Abdullah Halal Food
22.44
170.00
Disebabkan kat Night Market tu meragukan, ktorg pergi Abdullah Halal Food, dekat je dengan Night Market tu. Laki aku order nasi goreng dgn pancake n air,aku order air tembikai je sbb dah beli pulut mangga n kerabu suun. Air dorg kat sana mmg padu wei. Coconut shake je aku tak sempat rasa. Lepas makan ktorg masuk Vogue Store tu balik sbb laki aku nk beli charger hahaha. Settled then ktorg balik hotel merempit naik scooter 
Total Day 1
774.64
5,969.00
Day 2 - 11/03/2019
Island hopping Hong Island
Around 8am macamtu, van tour guide tu dtg pickup ktorg kat hotel. Resit beli package kat airport tu kne bagi kt org yg pickup kita tu. Sambil2 tu, dia bagi ktorg gelang getah warna biru. Then dia terus bwk pergi area Ao Nang pickup customers lain. Aku peghati je ada yg dapat gelang kaler kuning, ada yg kaler biru mcm aku.Sampai kat pantai, rupanya gelang tu ikut package. hahaha ..biru yg pergi Hong Island, kuning tu pergi Phi Phi Island. Then,aku bayar balance 1600baht then tulis nama ikut package. 15minit lepas berkumpul tu baru start briefing. Dah settle, ktorg jalan kaki pergi ke tempat speedboat.
1st stop - Lading Island (40mins kat situ)
Masa sampai tu tak ada orang. Ktorg je yang berenang2 kat situ. Ada boat sampai pun dorg just singgah kejap je then gerak pergi tempat lain. Boleh bergambar, snorkeling, swimming kat sini. Ada buaian kat sini, kena tangkap gambar as simbolik korg dah jejak Lading Island ni. Island ni redup je sebab dia macam tersorok ke dalam.
2nd stop - Pakbia Island (sejam)
Ktorg ke Pakbia Island pulak. Lunch pun kat sni. Then lepak2 je. Aku tak berendam kat sni sbb tempat dia terlalu terbuka, means direct sunlight. Fuhh mmg berasap kepala. Tapi mat salleh suka sbb dorg sun bathing kat sni. 
3rd stop - Hong Lagoon (10mins camtu)
Hong Lagoon ktorg sampai around 1pm camtu. Air dah pasang so lagoon tu penuh air. Ikutkan tour guide ktorg, lagoon ni waktu pagi n petang takde air. Ada tour company yg buat trip ke lagoon ni waktu pagi tak silap aku. View dia kalau takde air sumpah cantik gila that's why org panggil dia "Hong Paradise". Tour guide bagi ktorg chance tangkap gambar kat sni. 
 4th stop - Hong Island (2 jam)
47.52
360.00
Finallyyyyyy, sampai jugak ke Hong Island. Serious talk wei, view dia cantikkkk gilaaa..Aku terus jatuh cinta kat Hong Island ni. Dah jumpa spot baikk, ktorg letak barang then terus wachaaaaa terjun masuk air. Lama jugak aku berendam sampai kecut2 jari. hahahha. Kat sini luas, even ramai org pun tp tak sesak pun laut dia. Dah kecut2 tu, perut pun lapar. Kat situ ada mcam cafe la jual makanan, so boleh order..Cuma harga dia mahal wei. Hahaha tapi nk buat macam mana. Perut harus diisi. Aku order Milk Tea, Iced Coffee dgn Fries, total 360baht. hahahaha krik krik krik aku dgn laki aku kat situ tp makan jelah..

Dalam pukul 2.30 camtu ktorg gerak balik Ao Nang dan and tuktuk dan standby nk hantar ktorg balik hotel. Sampai hotel mmg letih weii tapi berbaloi la island hopping tu
Dinner kat MAKAN TUMZAP & COFFEE (recommended utk makanan Halal area Krabi Town)
52.80
400.00
Asalnya ktorg nak sewa scooter pergi Paknam Seafood Krabi tapii nasib tak baik sbb scooter dah fully rented. Krik krik krik jugak. Nak naik grab mahal yakmat wei, 45 ringgit. Then staff hotel tu suggest ktorg amek driver dorg, hantar pergi sana free tp balik dorg charge 200 baht. Ktorg pun malas nk pikir, on saja lah. Masa naik taxi tu, driver ktorg, Mr.Sum suggest ktorg makan kat MAKAN TUMZAP tu sbb halal, sedap n harga berbaloi katanya. Paknam jauh n agak mahal sbb dia dekat dgn laut. So ktorg on saja. Mr.Sum drop ktorg lepastu nk balik nnt ktorg just whatsapp dia je. Cafe dia hipstur diknon. Lawa.. weols order nasi goreng je sbb senang makan hahaha. dengan ice blended. Total 400 baht. Lepas dah kenyang, ktorg jalan kaki sikit sampai ke Mud Crab Krabi tu, masuk Family Mart dia lepastu call Mr.Sum suruh dia amek ktorg. 
Total Day 2
100.32
760.00
Day 3 - 12/03/2019
Sewa scooter
33.00
250.00
Ktorg book scooter mlm sbelumnya tu. Dekat 3 kali jgk remind staff tu roger ktorg kalau ada org pulang scooter. Lepas breakfast pagi, dorg ckp ade scooter available, ktrg terus book. Cerita dia, pukul 12 tengahari baru aku dgn laki aku gerak keluar. hahahaha
Isi minyak
5.28
40.00
Isi minyak lagi skali sbb scooter sbelum ni ktorg pulang tak ckup 1 day pun. Untung sape yg dapat scooter awal ktorg tu. Minyak free half tank.
Outlet Village Krabi (10mins dr hotel)
-
-
Disebabkan ktorg tak visit temple2 bagai tu, more to exploring Krabi, ktorg pergi la jenguk Outlet Village dia. Macam Mitsui, JPO, GHPO kita jugak tapi kecik yakmat. Harga pun lebih kurang je
Big C Krabi (5mins dr Outlet Village)
39.60
300.00
Lunch kat sini makan KFC dia wei. Korang kena try ayam goreng pedas dia. Sedappp.. Yg aku beli tu KFC Box 2. Laki aku makan apetah nasi tu dgn ayam 2 ketul.
Fossil Shell Beach (kalau korg nak masuk tengok Shell Cemetry tu a.k.a fossil tu, kena bayar 200baht sbb dia pun one of the National Park)
125.40
950.00
Yuhuuu kitorang borong souvenirs kat sini. Banyak kedai tapi yg murah tak banyak. Ada satu kedai ni, tshirt 50 baht je tp limited design n size. Yang lawa sikit, around 100baht. Keychains pun byk, kena pandai compare harga. Kalau rajin, turun sampai kedai paling hujung dekat dgn laut. Situ pun boleh tawar sbb kakak tu boleh cakap melayu. Ktorg spent 900 baht utk souvenirs, dpt 10 helai tshirt, key chain tah berapa banyak tah hahaha. 50 baht tu buat beli air n buah potong, dahaga yakmat.
Dinner repeat kat MAKAN TUMZAP
83.16
630.00
Dinner last day kat tempat yg sama tp kali ni ktorg order nasi putih n lauk. Nasi putih 3 org makan, Tomyum Goong (150baht), Grilled Prawn (160baht), Fried Fish with Chilli Sauce sedap wei (150baht) dengan air dua (150baht) + tax semua , total 630baht. Tomyum goong dia pedas nokharam. hahaha menyesal aku order tu. So far okay lah,mengenyangkan perut ktorg yg tgh lapar tu.
Total Day 3
286.44
2,170.00
Day 4 - 13/03/2019 (Last Day)
Sewa taxi
46.20
350.00
Malam sebelum balik ktorg terus book taxi kat hotel utk hantar ktorg ke airport. Mr Sum jugaklah yg menghantarnya. Around 8.15 camtu dia sampai. Sempat jugaklah ktorg makan last breakfast kat Krabi.
Total Day 4
46.20
350.00
GRAND TOTAL
1,207.60
9,249.00
Balance
179.00
1,251.00
Exact balance yg tak digunakan is 200baht, sbb ktorg ada singgah Tesco Lotus n 7E dorg beli roti la air la, pastu beli topi pantai lagi, charger. Eh banyak pulak. Hahhahaha. 


Sampai airport, settle boarding pass, baggage, then tunggu flight. Yang tak best kat sini, gate masuk dgn tempat checked baggage jauh yakmattt kena menapak. Nasib baik semua okay. Tapi kalau jenis dtg last minute tu, berlari la korang pergi checked baggage pastu nak ke gate pulak. huhuh.

So,itulah belanjawan trip ktorg kali ni. Macam aku bgtau awal2 tadi, takde lah bajet sangat plus ktorg berdua je. Tapi puas lah, semua yg ktorg plan menjadi. .

Nak belanja gambar sikit sebelum aku share tips kat korg :)

Koh Lao Lading

Lading Island ni tak ramai orang masa aku sampai
Pakbia Island - Lunch kat sini. Merata-rata minah salleh baring utk sun bathing padahal dah teruk dah badan dorg burn. Aku pulak yg takut tengok dorang macamtu. hahahaa
Hong Island chuolssss
*banyak je lagi gambar nak share, tunggu aku rajin sikitlah aku upload bebanyak. hehehe

Meh aku share few tips sikit:
1) Please bawak n pakai sunblock kat sana tak kiralah kau lelaki ke perempuan. Laki aku pun aku paksa je pakai sunblock kalau tak, burn teruk.
2)If hotel yang korang duduk ada sedia motor sewa, elok set terus nak sewa berapa hari (exc hari korg nk pergi island hopping tu) so that korg jimat dah kat transport. Kena pandai bajet masa bila nk start guna sampai pkul berapa hari last nk guna. Terus book dgn staf hotel tu okay.
3)Kalau korang nak pergi lagi banyak tempat mcm Emerald Pool ke,Hotspring ke, better bawak duit lebih okay. 
4)Sampai airport tu, better settlekan Simcard dgn island hopping package dlu baru beli tiket van, kalau tak kelam kabut sbb org van tu akan rush korg naik van secepat yg mungkin. So takut nnt korg tak sempat survey package yg ada kat airport.
5)Pergi island hopping, kalau tempat korg pergi tu termasuk dlm National Park, check resit korg dia dah incl ke belum fees tu. Kalau dah incl takpe. Kalau tak incl, please standby 350baht (or tanya kat travel agency tu) utk dibayar masa atas boat. Bawak duit lebih kot nk beli jajan or minum kopi ke nnt
6)Bawak snek sendiri sikit masa island hopping kot la korg jenis cepat lapar tp sampah jangan buang merata.
7)Bawak tikar kalau nk sunbathing or mini piknik
8)Sila bawak waterproof cover utk phone korang supaya senang nk tangkap gambar. Kalau tak, korang menyesallll hahaha
9)Bawak waterproof beg utk simpan segala khazanah penting korg mcm wallet, passport etc supaya tak basah nnt
10)Pergi island hopping takyah bawak baju kering utk tukar. Balik dorg hantar naik tuktuk. Lantak kau lah nk basah ke ape dalam tu. Bawak lah towel kecik ke nk buat balut2 badan kalau sejuk
11) Bahagikan bajet korang.Mcm aku, aku pecahkan utk hotel, transport, makan, souvenirs and misc. Then bila dah ada kat sana, mlm sebelum next day korg tu, buat bajet siap2 so that tak ter-over bajet nnt :)

Dah kenapa tips aku share ni tak boleh tak memanjang ke tepi? arghhhhh..lantak kau lah.

Sekian, sharing is caring. Pada yang nak ke Krabi tak lama, happy holiday and enjoy your moments thereeee..Muahhh!